Sunday 9 November 2014

DIDK P12






BAB DUA BELAS






            Azimah mengerling jam keretanya.  Baru pukul 5.30 petang.  Takkanlah Nurezam dah balik ke rumah seawal ini.  Terasa tak logik pulak lelaki itu boleh balik ke rumahnya sebelum pukul tujuh.  Dalam tempoh setahun, setiap kali Azimah dipanggil balik oleh Nurezam, belum pernah sekalipun lelaki itu balik ke rumah awal.  Tak banyak beza samada balik ke rumah sendiri atau rumah lelaki yang berstatus 'suami' kepadanya itu.  Dua-dua rumah pun suasananya sama, sunyi.  Kalau sunyi di rumah sendiri, banyak perkara yang boleh dilakukannya untuk menghapus kesunyian itu.  Sebab tu Azimah memilih untuk tinggal di rumah sendiri.  Kalaulah Pak Zainal dan Mak Sakinah tahu anak yang ditetapkan jodohnya melalui kehidupan yang begini, tentulah haru.  Azimah tak tau apa yang akan berlaku.  Mungkin perang dunia ke III akan meletus agaknya!

            Beberapa kali Azimah mencubit paha sendiri.  Aduh!  Sakit!  Tak bermimpi rupanya dia.  KIA Sportage kelabu yang baru setahun menjadi milik Nurezam kaku di depan porch kereta.  Ada kenderaan adalah tuannya.  Kalau bersama Azimah, Nurezam tak pernah membawa BMW sport kebanggaannya.  Azimah tak tau apa alasan lelaki itu.  Pedulilah dia!  Apapun, semakin pelik jadinya perasaan Azimah bila andaiannya meleset jauh kali ini.  Ketika Nurezam yang hanya mengenakan t shirt dan seluar pendek di paras lutut membukakan pintu pagar, dia masih melamun.  Azimah jadi malu sendiri bila Nurezam mengetuk cermin tingkap kereta dan menyuruhnya memasukkan kereta dengan isyarat tangan.

            Setelah kereta diletakkan di sebelah kenderaan Nurezam, Azimah tak terus keluar.  Bermacam persoalan mengganggu kepalanya ketika itu.  Bermacam perasaan juga menghuni benaknya.  Ada rasa takut, ada rasa gembira.  Azimah takut seandainya Nurezam hanya berlakon dan mempermainkannya.  Gembira seandainya lelaki itu benar-benar berubah!
            "Ajim tak nak keluar dari kereta ke?" 
Pertanyaan Nurezam yang membukakan pintu kereta dengan senyum yang tak putus di wajah mengembalikan dia ke alam realiti.  Dalam keadaan yang tak berapa stabil, Azimah melangkahkan kaki keluar dari kereta.  Hampir dia terjatuh kalau tak kerana tangan sasa Nurezam cepat menyokong badannya.  Merah muka Azimah bila tangan lelaki itu memaut pinggangnya.  Cepat dia membetulkan kedudukan kakinya dan melepaskan diri dari pegangan tangan Nurezam.
"Sorry!"  Azimah bersuara untuk menutup rasa malunya.
"It's okay!  Ezam ingat Ajim tak jadi balik" 
Nurezam mempamerkan wajah riangnya menyambut kedatangan Azimah.  Dari pagi lagi dia menanti kedatangan perempuan itu.  Hampir putus harap bila jam dah menunjukkan 5.30 petang perempuan itu masih belum memunculkan diri.  Nak ditelefon, tak sanggup pula mendengar penolakan dari perempuan itu.  Terburu-buru dia keluar membukakan pintu pagar sebaik terpandang proton wira perempuan itu di hadapan pagar rumah.  Hatinya dipukul rasa gembira yang tak terhingga bila perempuan itu memenuhi janjinya.
"Awak balik cepat pulak hari ni?" 
Azimah menghulur tangan kepada Nurezam.  Hampir terlupa dia dengan kebiasaan diri yang akan menghulurkan tangan dan mencium tangan lelaki itu di setiap pertemuan mereka.  Semuanya gara-gara perangai pelik lelaki yang serba-serbi berbeza benar dari biasa itu.
"Hari ni Ezam tak kerja pun.  Melepak kat rumah aje"  Nurezam menerangkan aktivitinya masih dengan senyuman.
"Dari pagi?"  Deras Azimah bertanya.
Seperti tak percaya pula Azimah dengan bicara yang keluar dari mulut Nurezam.  Entah-entah dia goreng aku hangus.  Sengajalah tu, nak memancing simpati.  Entah apalah agaknya permintaan dia kali ini.  Hatinya terus dengan prasangka.
"Ya.  Ezam tunggu Ajim balik.  Ajim ada kelas ke hari ni?"
"Ajim keluar main tenis pagi tadi, sampai pukul 12.00 baru balik.  Ajim tak tau pun yang Ezam nak Ajim balik pagi.  Kenapa tak call?  Ajim ingat Ezam kerja" 
Azimah bimbang tindakannya merosakkan rancangan lelaki itu.  Tapi mood lelaki itu tak membayangkan dia marah dengan apa yang berlaku.  Okeylah tu!
"Tak apalah.  Bukan penting sangat pun.  Ajim nak balik pun dah okey.  Masuk dululah"  Kerana terlalu gembira lupa pulak dia nak menjemput 'isterinya' itu masuk ke rumah.
Azimah melangkah masuk ke rumah yang memang serba-serbinya lengkap itu.  Matanya meliar memandang keadaan rumah.  Nampak kemas dan bersih sahaja.  Agaknya seharian lelaki itu mengemas di rumah.  Selalunya, Azimahlah yang kena mengemas rumah itu setiap kali dia balik ke situ.  Lain betul situasi hari ini.  Makin Azimah jadi tak faham.  Semakin tak sabar nak mengetahui apa sebenarnya kemahuan lelaki itu.  Tak mungkin lelaki itu benar-benar berubah.  Pasti ada mahunya jika sampai dia sanggup melakukan banyak perkara untuk Azimah yang langsung tak dipandang sebelah matapun oleh lelaki itu sebelum ini.  Apa datuk dan datin dah menghidu lakonan mereka?  Entahlah!
"Saya masuk bilik dulu ya?"  Azimah meminta izin.  Muka lelaki yang tak putus melempar senyum itu dihadapnya.  Confuse!  Confuse!
"Nanti Ajim keluar, kita minum petang sama-sama" 
Azimah yang sudah berada di hadapan biliknya berpaling.  Jam di tangan dijelingnya.  Jam dah dekat pukul 6.00 lelaki itu belum minum petang?  Benar-benar ikhlas ke dia sehingga sanggup menunggu aku untuk minum petang bersama?  Buang tabiat ke anak Datuk Shukri ni!!!
"Minum dululah kalau macam tu"  Azimah memusing langkah kakinya menuju ke meja di ruang dapur.  Handphone dan kunci kereta diletakkan di atas meja, di sebelah kanannya.
Azimah baru nak menuang nescafe panas ke dalam cawan bila handphonenya tiba-tiba berbunyi.  Sebelum mengangkat panggilan, Azimah terlebih dulu menelek muka Nurezam yang duduk berhadapan dengannya.  Bila lelaki itu bersahaja mencapai teko dan menuang air, Azimah mengangkat telefon.

"Hello Ajim!"
Tak asing suara itu di telinga Azimah.
"Oh mama!"  Azimah tersenyum sendiri menyambut suara mesra ibu mertunya.
"Ezam dah balik ke?"
Azimah sedar pada pandangan mata Nurezam yang tak lepas-lepas memandangnya.  Tak taulah samada mendengar perbualannya di telefon atau ada tujuan lain.
"Abang Ezam ada.  Tengah tuang air, nak minum petang dengan Ajim"
"Ajim masak apa?"  Datin Khadijah bertanya menantu yang diketahuinya memang rajin memasak.
"Ajim tak masak ma.  Abang Ezam yang prepare, Ajim minum aje"  Azimah menerangkan dengan tergelak kecil.
"Betul ke ni?  Ke Ajim saja nak senangkan hati mama?"
"Betullah mama.  Ajim baru sampai dari Bangi"
"Baguslah kalau macam tu.  Bila nak balik KL?"  Datin Khadijah mengeluarkan soalan dengan nada suara yang gembira.
"Kalau pasal balik KL, mama cakap sendiri dengan abang Ezamlah.  Ajim ikut aje cakap dia.  Cakap sendiri dengan dia ya ma?"
"Ialah Ajim"  Datin Khadijah bersetuju.  Senang hati mendengar bicara ceria dari menantu perempuannya.
Azimah menghulur telefon kepada Nurezam yang masih tak lepas memandangnya.  Lelaki itu seperti berangan pulak pada penilaian Azimah.
"Ezam!  Mama awak nak bercakap ni."
Dua tiga kali Azimah menggoyangkan handphone di depan muka lelaki itu, baru lelaki itu sedar dari lamunannya.  Nasib baik Azimah tak telus, kalau tak dah tembus mukanya direnung Nurezam.
"Siapa?"  Nurezam malu sendiri menyedari dirinya diperhatikan Azimah.
"Mama"  Azimah memberitahu.  Tentu jauh lamunan lelaki itu bila dia boleh tak tahu siapa yang berbual panjang dengan Azimah di telefon.
Azimah membiarkan saja perbualan dua beranak itu.  Dia tak berminat nak tau keputusan Nurezam.  Mana-manapun dia tak kisah.  Bila nampak Nurezam moodnya baik saja hari itu, dia dah senang hati.  Selepas itu mereka minum petang bersama.  Azimah tak banyak cakap.  Dia lebih senang menjawab dari mengaju soalan.
"Malam ni nak balik KL ke?"  Azimah mengeluarkan soalan pertama ketika dia sudah bangun dari kerusi.
"Taklah.  Ezam beritahu mama yang Ezam nak habiskan masa berdua dengan Ajim aje"  Nurezam menerangkan alasan yang diberikannya kepada Datin Khadijah.
"You didn't meant what are you talking about, isn't?"
"Of course I do.  For your information, I only say what I meant to say"
Jawapan Nurezam memeranjatkan Azimah.  Namun Azimah tak akan cepat melatah.  Sepertimana lelaki itu boleh berlakon di depan datuk dan datin dia juga boleh berbuat begitu pada Azimah.  Orang tuanya pun boleh ditipu, inikan pulak aku.  Bukan siapa-siapa pada dia.
"Kenapa ni?  You gaduh dengan buah hati ke sampai boleh luangkan masa nak bersama I?"  Bersahaja Azimah menutur kata.  Tak langsung terfikir pertanyaannya yang berbentuk gurauan itu bakal menimbulkan kemarahan di hati 'suaminya' itu.
Nurezam tak berkata apa-apa.  Pertanyaan Azimah hanya dijawabnya dengan rengusan kasar sebelum berlalu ke bilik.  Pintu bilik dihempasnya kasar.  Azimah menggaru kepala yang tak gatal.  Marahlah pulak!  Salah ke andaian yang aku cakap?  Lantaklah dia! Mulut aku dah letih asyik nak minta maaf.  Hati aku pun dah muak asyik nak menjaga hati dia.  Kakinya sendiri dilangkahkan ke biliknya yang terpisah sedikit dari bilik Nurezam.  Aku dah tak kuasa! 

Malas nak memikirkan lelaki bernama Nurezam itu.  Asyik hangin satu badan!  Azimah mencapai tuala.  Baju yang dipakainya dibuka satu persatu dan dicampak ke dalam bakul.  Satu jam juga Azimah di bilik air.  Kesegaran yang datang dari air freshener limau jenama Tape's melapangkan fikirannya.  Selesa berada di bilik air yang tak jauh beza dengan bilik air di rumah sendiri.  Memang Azimah sengaja meletakkan pewangi yang sama seperti di bilik airnya di BBB.


            DENGAN rambut yang masih basah dan tuala separas dada yang diikat kemas, Azimah melangkah santai keluar dari bilik air.  Langkahnya dibawa ke almari pakaian yang tegak menunggu.  Sambil menyanyi kecil Azimah memilih baju yang hendak dikenakannya.  Setelah bertemu pakaian yang dirasakan selesa dan sesuai dia mengeluarkannya dari almari dan diletakkan di atas katil.  Seperti berhenti berdegup jantungnya sebaik matanya mengenal pasti yang Nurezam berada pada jarak tak lebih dua hasta dari tempat dia berdiri.  Azimah terkaku di situ.  Pucat mukanya, kalau ditoreh pasti tak berdarah.  Apa yang dibuat lelaki itu di dalam biliknya?  Dia nak membalas dendam tentang hal tadi ke?

            Senyuman lelaki itu dengan mata yang tak lepas dari memandang tubuhnya yang banyak terdedah dari yang tertutupnya itu menakutkan Azimah.  Bermacam prasangka buruk timbul di fikirannya.  Tak mungkin untuk menjerit minta tolong.  Siapa yang boleh mendengar jeritannya kalau berada di dalam rumah batu yang serba mewah ini?  Kalau orang mendengar pun siapa yang nak menyelamatkan dia dari Nurezam.  Lelaki itu bukan orang lain.  Suaminya!!!  Silap-silap orang pulak yang menuduh Azimah gila.  Azimah mengundurkan langkahnya, cuba menjauh dari Nurezam.  Pantas saja tangan sasa lelaki itu mencapai tangan Azimah.  Tak berdaya nak terus bertahan bila tangannya terus ditarik Nurezam.  Tak sampai berapa saat, Azimah sudah berada dalam pelukan Nurezam.  Menggigil tubuh Azimah bila diperlakukan begitu.  Dengan tangan kiri yang memegang erat tuala di badannya, Azimah cuba mengelak ciuman dari Nurezam.  Tangan Nurezam yang memaut erat pinggangnya cuba dilepaskan.
            "You jangan cuba nak buat yang bukan-bukan!  I tengah uzur ni"  Azimah memberi peringatan.  Bimbang benar dia jika lelaki itu bertindak lebih jauh lagi.
            "Yang haram bahagian bawah saja kan.  Atas tidak"
            Sempoi saja jawapan Nurezam.  Bernafsu benar dia melihat perempuan yang tak pernah langsung disentuhnya dalam keadaan begitu.  Dengan Mimi pun dia tak pernah merasakan begitu.  Mungkinkah ini sememangnya permulaan yang baik dalam hubungan mereka yang selama ini dingin, sedingin-dinginnya!
            "You kena ingat yang you nak lepaskan I dalam masa tak sampai setahun lagi.  Seperti mana you tak nak ada hubungan langsung dengan I, I pun tak nak" 
Azimah cuba memulangkan apa yang dibicarakan oleh mulut lelaki itu sendiri ketika mereka mula 'hidup bersama' dulu.
            "Takkan salah sentuh perempuan yang memang isteri I yang sah.  Lagipun, setakat Ezam kiss Ajim, takkan sampai boleh pregnant pulak!  Tak luak pun kan!"  Nurezam tergelak membalas kenyataan Azimah.
            "Mula-mula kiss, lepas tu…." 
Azimah memandang geram Nurezam yang terus ketawa.  Nak lucu pun ada mendengar perkara yang dicakapkan Nurezam.  Tapi rasa takut dengan tindakan drastik Nurezam membuatkan ketawanya tak mampu terkeluar.
            "Lagi satu, you jangan cuba gunakan alasan title isteri tu untuk buat I setuju dengan apa yang you buat ni.  Lain-lain hal you minta I buat, okey, yang satu ni, I harap you boleh faham"  Dengan degupan jantung yang masih menggila Azimah memberitahu Nurezam.
"Okey, I tak buatlah" 
Nurezam melepaskan tangannya dari pinggang Azimah.  Lucu melihat perempuan itu berundur ke belakang dengan pantas sebaik terlepas dari Nurezam.  Ketawanya ditahankan.  Nurezam berjalan menuju ke pintu.  Huru-hara nafsunya dibuat isteri atas 'sijil nikah' itu.  Hampir-hampir dia melupakan tujuan asal kedatangannya ke bilik perempuan itu.  Nurezam kembali memusing langkahnya dan menghampiri Azimah semula.  Azimah yang masih tak lepas memandang langkah Nurezam takut semula bila melihat lelaki itu kembali menghampirinya.
"Ezam ni menakutkan you sangat ke?" 
Nurezam mengaju soalan sambil tertawa kecil.  Semakin kuat ketawanya bila melihat anggukan pantas dari kepala Azimah.
"Hari ni tak payah masak.  I nak bawak you keluar dinner.  You bersiap cantik-cantik, pukul 8.30 kita keluar" Permintaan itu dikeluarkan sambil dia mengenyit mata memandang Azimah
Nurezam menyatakan tujuan sebenar yang boleh membawa langkahan kakinya ke bilik Azimah.  Mula-mula nak diberitahu kepada perempuan itu selepas mereka minum petang.  Setelah dia sendiri meradang dengan bicara panas dari mulut perempuan itu dia benar-benar terlupa.  Secara kebetulan pintu tak berkunci, tu yang dia masuk ke bilik dan menunggu perempuan itu siap mandi.
"Okey, nanti Ajim bersiap.  Awak keluarlah dulu" 
Azimah memberanikan diri menghampiri lelaki itu yang tak ada tanda-tanda langsung nak melangkah keluar dari biliknya.  Azimah malu dengan pandangan nakal dari mata lelaki itu yang terus melihat dia yang masih belum berpakaian.  Tangan Nurezam disentuhnya dan dia bertindak menolak lelaki itu keluar dari biliknya.
"Bersolek cantik-cantik tau!" 
Mulut Nurezam masih tak berhenti membuat permintaan.  Azimah pula cepat-cepat mengunci biliknya rapat-rapat.  Lega bila pintu bilik telah berkunci.
"Sekali cakap sudahlah.  Aku faham!"
Azimah membebel sendiri sambil tubuh tinggi lampainya dihempaskan ke tilam empuk yang menunggu.  Terasa lega sekali bila terlepas dari situasi yang begitu rumit.  Terasa habis tenaganya menghadapi situasi sebentar tadi.  Jantungnya masih berdegup kencang.  Azimah menyalahkan dirinya sendiri kerana kecuaiannya.  Hampir-hampir dia tertewas kepada kelakuan Nurezam.  Mujurnya dia uzur, kalau tak, apa alasan yang hendak dikeluarkannya.  Walaupun Nurezam cuma suami atas kertas, dia tetap berhak ke atas Azimah.  Selagi mereka tidak bercerai, mereka tetap pasangan yang sah.  Hubungan mereka halal di sisi agama.  Kalau Nurezam berkeras tadi, memang Azimah tak ada kudrat nak menolak.  Walaupun ketakutan masih bersisa, dia tak dapat menahan diri dari ketawa sendiri.  Dia lucu dengan apa yang berlaku.  Tak sangka, Nurezam yang dingin betul selama ini berubah begitu jauh sekali.  Sebelum ini tak pernah Azimah merasa takut dengan Nurezam.  Dia kerap juga berdua dengan Nurezam di rumah itu, tidur sebilik pun pernah.  Tak pulak berlaku apa-apa.  Inilah buat pertama kalinya Azimah rasa tak selamat bersama lelaki itu.      

 Debaran di dadanya masih terasa.  Tak pasti pulak debaran itu kerana rasa takut atau pun dia terlebih gembira dengan layanan Nurezam.  Bantal di sebelahnya dicapai dan mukanya ditutup.  Dia malu dengan perangai sendiri.  Laungan azan yang mendayu menyedarkannya.  Cepat dia mengucap dan beristighfar.  Mengingatkan diri agar tidak terus diulit angan dan mimpi indah  Bimbang nanti diri sendiri yang ditimpa duka bila mimpi menghilang di saat siang menjelma.
           

NUREZAM masih ketawa sendiri di ruang tamu.  Selain lucu dengan Azimah yang takut benar dengannya sebentar tadi, dia turut mengetawakan dirinya sendiri.  Lucu mengingat perangai gelojohnya.  Kalau ya pun nak mengambil hati perempuan yang sudah setahun diabaikannya begitu saja itu tak bolehlah dia bertindak seagresif itu.  Tak pernah dipandang langsung alih-alih dilayan begitu, tentulah perempuan itu terperanjat dan takut.
           
            "Engkau jangan cari pasal Ezam, kalau dia lari terus nanti, susah engkau."
            Zafri, pegawai kanannya memberi Nurezam nasihat.  Dia memang tak pernah setuju dengan cara Nurezam melayan isterinya yang kononnya dikahwini kerana memenuhi permintaan kedua orang tuanya.
            "Aku tak kisahlah kalau dia lari.  Perempuan kampung macam dia tu tak ada apa yang istimewa.  Lainlah macam Mimi tu, ada kelas!!"  Ego betul bunyi bicara Nurezam menjawab peringatan Zafri.
            "Tak baik engkau cakap macam tu Zam.  Aku tengok, isteri pilihan datuk dan datin tu tak ada cacat celanya.  Kalau aku masih bujang dan nak cari calon isteri, calon begitulah yang akan aku letakkan di baris hadapan"
            "Kenapa pulak?"  Cepat saja dia bertanya Zafri punca dia nak berbuat begitu.
            "Kalau engkau nak tau, engkau carilah jawapannya sendiri.  Serius cakap,  isteri engkau ni istimewa.  Engkau kenallah dulu dengan dia Zam.  Lepas tu engkau nilai.  Tak adil untuk dia kalau engkau buat dia macam tu"
            "Aku tak mintak nasihat engkaulah.  Aku cuma nak engkau dengar aje cerita aku.  Aku tau apa yang aku buat.  Tak mungkin untuk aku jatuh suka dengan perempuan tu"  Nurezam jadi marah pula dengan kata-kata Zafri.
            "Sebagai kawan, aku nak yang terbaik untuk engkau.  Bukan rugi pun kalau engkau berbaik dengan dia.  Dahlah, aku tak nak gaduh dengan engkau.  Cuma aku harap engkau jangan butakan mata, pekakkan telinga.  Menyesal nanti!"

            Nurezam tersenyum sendiri mengingat perbualannya dengan Zafri tak sampai tiga bulan yang lepas.  Tak sangka dalam tempoh sesingkat itu Nurezam seperti sudah dimakan kata-kata sendiri.  Banyak-banyak rakan yang betul-betul memberikan nasihat tu selalunya memang Zafri.  Tapi Zafrilah yang paling tak disenanginya kerana selalu memberikan pendapat yang bertentangan dengan pendapatnya sendiri.  Walaupun tak kenal dengan 'isterinya' yang kontroversi itu, Zafri selalu membela perempuan itu.  Apalagi setelah dikenalkan ketika Zafri secara kebetulan menghantar dokumen penting ke rumah Datuk Shukri.  Tak sudah-sudah Nurezam dibebelnya.  Hari ini, setelah dia cuba mengenali Azimah, perkiraan awal Zafri memang tepat.  Nasib baik Zafri tak mengungkit apa-apa, tak juga menyindirnya bila dia meminta pandangan apa yang harus dilakukannya.  Malahan lelaki itu tak lokek memberikannya nasihat berguna.


            AZIMAH membuka pintu perlahan-lahan.  Matanya dibesarkan dan telinganya diluaskan.  Dia tak mendengar sebarang bunyi, tak juga mengesan sebarang pergerakan.  Azimah melangkah berhati-hati menuju ke pintu hadapan.  Hatinya masih terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi.      
            Patutlah tak kelihatan di mana-mana rupanya lelaki itu dah terlena di sofa.  Entah dah solat Maghrib atau belum?  Azimah berdiri di sebelah sofa yang dibaringkan oleh lelaki itu.  Hari itu barulah Azimah sempat menilai betapa kacaknya lelaki yang ditakdirkan menjadi suaminya itu.  Azimah semakin tak faham dengan perangai lelaki yang terlalu jelas perubahan sikapnya itu.  Apa agaknya yang mendorong lelaki itu berperangai begitu?  Sejak minggu lepas Azimah asyik terperanjat menerima reaksi dari Nurezam.

            "Zam!  Ezam!  Bangun!"
Hai liatlah pulak nak jaga.  Spesis apa agaknya suami aku ni?  Maghrib-maghrib dibantainya tidur.  Azimah menggoncang perlahan-lahan tangan lelaki itu.  Sebaik menyedari lelaki itu terjaga, Azimah cepat menjauh.
            "Ajim nak apa?"  Terperanjat Nurezam bila mimpinya diganggu Azimah.
            "Awak dah sembahyang ke belum?"
            "Belum lagi.  Dah pukul berapa?" 
Tak menunggu jawapan Azimah, matanya diarahkan ke jam yang tergantung di ruang tamu.  7.45 malam.  Setengah jam juga dia terlelap rupanya.  Melihat Azimah yang santai dengan t shirt menuju ke pintu dia dipukul rasa ingin tahu.
            "Ajim nak ke mana?"  Langkah perempuan itu diperhatikannya.
            "Ajim nak ke kereta, nak ambik barang"  Azimah menerangkan.
            "Berani ke awak keluar sorang-sorang?"  Nurezam mengusik.
            "Kat luar ni lagi selamat, kat dalam tu lagi menakutkan" 
Azimah membalas bicara Nurezam.  Ketika mendengar tawa yang muncul dari mulut lelaki itu, Azimah tersenyum sendiri.

            TERPEGUN Nurezam ketika memandang Azimah yang baru keluar dari biliknya.  Terdiam mulutnya yang dari tadi tak henti-henti memanggil Azimah yang tak siap-siap.  Tak berkelip matanya menatap perempuan yang mengenakan gaun labuh tak berlengan berwarna peach yang digabungkan kebaya labuh berwarna merah hati diluarnya.  Dipadankan pula dengan tudung peach yang diikat kemas ke belakang, penampilan Azimah nampak berbeza sekali berbanding biasa.  Ditambah dengan haruman perfume yang menyelesakan hidungnya, Nurezam benar-benar kehilangan kata-kata.
            "Kenapa tengok Ajim macam tu?  Ezam tak suka Ajim pakai macam ni ke?"  Azimah mengeluarkan soalan.
            "Tak!  Tak!  Bukan tak suka, I like it.  Shall we?"  Nurezam menghulur tangannya.
            "Sekejap, I belum ada kasut"  Azimah memberitahu masalahnya.
            "Ezam tolong ambil, kat mana?"
            "Dalam boot kereta.  Cuba tengok mana yang sesuai"

            Ezam membuka boot kereta Azimah.  Dia menjeling Azimah yang memegang beg tangan cream.  Kasut cream yang tak berapa tinggi tumitnya, pasti sesuai dengan penampilan perempuan itu.  Saat itu, Nurezam tahu yang dia tak boleh terlepas lagi dari Azimah.  Dia benar-benar sudah terpikat dengan 'kampung women ' yang sering diperlekehkannya sebelum ini.  Mimi yang diiktirafnya hebat pun tak terlawan dengan keistimewaan perempuan yang lebih suka memunculkan diri dalam keadaan yang serba-serbinya sederhana.  Dalam tempoh sesingkat itupun, dia masih sempat lagi membandingkan isterinya dengan Mimi.  Perempuan yang telah seminggu tak dihubunginya itu sudah pudar benar kedudukannya di hati Nurezam.  Dia memang lelaki yang mudah beralih arah ke?  Entahlah Nurezam pun tak tau.  Yang dia tau sekarang, saat ini, dia hanya benar-benar nak bersama perempuan yang sah miliknya itu.  Macamana sukar pun dia akan usahakan!  Itu azamnya.

No comments:

Post a Comment