Friday 14 November 2014

DIDK P16

BAB ENAM BELAS





             Nurizati menjenguk di pintu DK 4.  Ramai pelajar sudah keluar, tapi muka lecturer masih tak kelihatan.  Patutlah…. Masih ramai pelajar yang berkumpul bertanyakan sesuatu kepada Azimah.  Mahu tak mahu, kenalah Nurizati terus menunggu.  20 minit juga baru Azimah keluar.  Bukan tak boleh menanti di bilik, tapi dia memang tak sabar.

            "Assalamualaikum Nur!"
            "Waalaikumussalam!"  Pasti dia sudah sihat benar kalau senyuman di wajahnya kelihatan berseri sekali.
            "Nur, aku tau yang engkau dah tak sabar nak tau apa sebenarnya yang berlaku dalam hidup aku.  Tapi boleh tak kalau bukan sekarang?  Why don't you come to my house after office hour?  Ajim tak nak orang lain tau kisah hidup Ajim.  Cukuplah Nur seorang aje"  Azimah mengharap sangat yang Nurizati tak menolak permintaannya.
            "Okey Ajim, yang tu I agree.  Tapi, ada satu soalan yang Nur nak Ajim jawab sekarang.  Nur tak dapat tumpukan perhatian selagi tak tau jawapannya"  Nurizati juga bersyarat.
            "Apa dia Nur?  Tanyalah"
            "Nur pernah jumpa Ezam sebelum ni kan?" 
Muka Azimah ditatapnya terus seperti bimbang terlepas dari mendengar jawapan yang bakal keluar dari mulut perempuan itu.
            "Betul Nur"  Azimah tak langsung cuba nak menafi.
            "Jadi, betullah lelaki yang ….."
            Belum habis bicara dari mulut Nurizati, Azimah sudah memotong.  Tak mau perkara itu diteruskan Nurizati.
             "Betul, dialah orangnya Nur" 
Peristiwa beberapa bulan lalu bermain di matanya.  Memang Nurezamlah lelaki yang cuba dipadankan Nurizati dengannya di Sogo.  Memang lelaki itu suami aku, Nur!
            "Maafkan aku Ajim.  Aku tak bermaksud apa-apa, cakap aku hari tu memang ikhlas"  Bimbang pulak dia jika Azimah menyangka dia sengaja nak memperlinya.
            "Aku tau Nur, aku pun tak salahkan engkau sebab engkau memang tak kenal dia.  Mungkin TUHAN sengaja nak engkau tengok sendiri betapa hebatnya suami aku yang engkau nak kenal sangat tu"  Azimah menarik nafas panjang selepas melontar bicara..
            "Tapi, kenapa engkau tak beritahu aku?"  Sedih dia bila mendapati rakannya itu menanggung perasaan sengsara sendirian.
            "Engkau nak aku cakap macamana?  Agaknya kalau aku beritahu lelaki yang tengah berkepit dengan buah hati dia tu suami aku, kau percaya ke?  Nasib tak baik engkau tuduh aku gila"  Azimah ketawa mengeluarkan andaiannya.
            "Sedikit sebanyak aku dah faham masalah engkau.  Maafkan aku sebab selalu desak engkau kenalkan aku dengan your husband.  Aku benar-benar tak tau" 
Muka lelaki yang nampak baik dan penyayang itu tergambar di kepalanya.  Kenapa dia melayan Azimah begitu?  Dia berpura-purakah di hadapan aku?  Nantilah, petang ini pasti semuanya akan terjawab.
            "It's okay Nur.  Jom kita lunch, dah pukul 12.30 ni"
            "Jom!"  Nurizati setuju saja, perutnya pun dah berbunyi.

            Kecilnya dunia ni.  Banyak-banyak orang, suami teman itu rupanya yang mereka jumpa ketika membeli-belah di Sogo.  Dia siap memasangkan kawannya dengan lelaki yang sememangnya suami perempuan itu lagi.  Sambil menyuap makanan, wajah perempuan tabah itu direnungnya.  Kalau Nurizati diduga dengan masalah seperti itu, pasti dia sudah terjerit-jerit atau sekurang-kurangnya membawa perkara itu ke pengetahuan keluarga.  Tapi Azimah cool saja.  Mungkin, itulah kelebihan orang yang tak mahu memberatkan masalah.  Walau tak berapa setuju dengan cara temannya itu, itulah dia Azimah!


MATA Nurizati berkaca, air mata sayunya menitis.  Sedih kerana teman baiknya yang serba memahami itu diperlakukan sedemikian rupa.  Patutlah dia enggan berkongsi cerita.  Kagum benar dia dengan Azimah yang sentiasa tenang menghadapi masalah yang menimpa dirinya.  Calang-calang orang memang tak mampu untuk berbuat begitu.  Nurizati sendiri awal-awal akan angkat tangan, menyerah kalah.

"Kenapa engkau memilih untuk menerima saja permintaan orang tua engkau Ajim?  Engkaukan orangnya bijak, educated.  Kenapa biarkan diri engkau terjerumus dalam masalah yang serumit ini?  Memanglah ini semua takdir, tapi kitakan boleh memilih"  Walaupun perkara itu sudah terlajak, Nurizati masih mahukan alasan Azimah.
"Aku tak berdaya Nur.  Aku benar-benar tak berdaya nak menolak mak aku.  Aku dah tak punya alasan kukuh untuk diaju pada dia"  Azimah cuba menjelaskan apa yang menimpanya ketika itu.
"Tapi, mereka letakkan engkau di dalam dilema"
"Itu betul.  Bertuahlah engkau kerana ibu bapa engkau tergolong dalam mereka yang berfikiran rasional.  Mak aku tu lain.  Kalau aku tak akur dia akan marah, lebih tepat lagi dia sedih.  Dia nakkan yang terbaik untuk aku tanpa sedar yang perbuatan dia tu meletakkan risiko yang tinggi buat aku.  Aku redha saja Nur kerana hukum tetap hukum.  Barangsiapa yang menjadi punca murka ibu bapa, langkahan kakinya menghampiri neraka.  Aku tak sanggup tergolong dalam golongan yang begitu.  Biarlah aku tanggung apa saja yang mendatang demi mak aku, demi kegembiraan dia, aku redha"  Azimah menerangkan pegangannya.
"Memang aku educated, tapi tang tu aku memang tak ada daya Nur" 
Sekali lagi dia menegaskan kesukarannya ketika itu.  Kesukaran yang akhirnya menyatukan dia dengan Nurezam Datuk Shukri.
"Tapi, engkau sakitkan hati engkau sendiri.  Tak adil bila engkau cuma fikirkan kebaikan orang lain tanpa mahu menjaga kepentingan sendiri.  Itu menzalimi diri sendiri namanya." 
Bahu Azimah dipeluk erat Nurizati.  Airmatanya turun lagi.  Sedih benar dia mendengar cerita temannya itu.
"Aku memang cuba berikan yang terbaik untuk tak menghampakan semua orang.  Tapi aku tak berjaya juga Nur, aku menghampakan engkau dan lepas ni entah siapa lagi yang bakal aku hampakan.  Memang aku sakit, tapi aku boleh tenangkan diri aku sendiri.  Biarlah aku puaskan hati semua orang dulu, nanti baru aku fikirkan kehidupan sendiri."
"Engkau terlalu baik Ajim"  Semakin erat pelukan Nurizati.
"Selagi mampu aku akan terus menghadapinya.  Tak ada istilah susah kalau kita inginkan ia berlaku."  Azimah bertindak mengesat airmata Nurizati.
"Habis tu, apa yang aku tengok dua hari sudah tu apa dia?  Lakonan drama, teater atau pentas bangsawan?"  Masih jelas terbayang di matanya akan layanan mesra Nurezam terhadap Azimah.
"Sebulan kebelakangan ni, dia memang banyak berubah Nur.  Aku pun tak tau apa puncanya.  Mungkin dia perlukan sesuatu dari aku atau mungkin juga dia benar-benar ikhlas.  Sebelum ni kalau tak kerana perlukan aku untuk buat sesuatu, dia tak akan cari aku.  Tapi sebulan ni, Ajim nampak dia macam lain sangat.  Sampai rela mencemar kaki dia mencari aku di universiti.  Sikapnya bertentangan betul dengan perangai sebenarnya yang aku tau sebelum ni"  Azimah menerangkan tanpa menyorokkan apa-apa.  Terlanjur Nurizati sudah tahu, biar dia tahu semua.  Sudah terlalu lama perkara itu dilaluinya bersendirian, sudah sampai masanya dia meluahkan pada orang yang sememangnya sudi untuk menadahkan telinganya.
"Agaknya dia betul-betul nakkan engkau tak Ajim?"  Nurizati membuat andaian sendiri.
  "Entahlah Nur, tapi andaian engkau tu macam mustahil sebab dia sayang betul dengan buah hati dia tu.  Engkau sendiri dah pernah jumpa dan boleh menilaikan?  Tak mungkin untuk dia pilih aku tanpa ada udang di sebalik batu.  Dan tak mungkin pulak untuk aku berkongsi suami"  Azimah mengeluarkan pandangannya.
"Kenapa takdir engkau macam tu?"
"Sudahlah Nur.  Engkau dah pun tau apa yang engkau nak tau kan.  Sebagai kawan yang paling rapat dengan aku, aku harap sangat engkau simpan cerita aku ni.  Aku tak nak orang lain tahu hal yang memalukan aku ni tersebar.  Kalau sedih juga, engkau kena ingat satu perkara.  Aku beruntung berbanding orang lain tau.  Aku tak perlu fikirkan suami aku main kayu tiga atau bila agaknya aku akan disingkirkan.  TUHAN beri aku kelebihan bila awal-awal lagi aku dah tau cuma ditakdirkan untuk jadi isteri Nurezam untuk tempoh dua tahun saja.  Sampai masanya, aku akan lepas, bebas" 
Azimah tersenyum senang mendengarkan bicara itu kepada Nurizati yang masih kesedihan.  Bila saat itu tiba, Mak Sakinah pun tak dapat berbuat apa-apa.  Dia pun tak perlu nak menerangkan panjang lebar bila Nurezam sendiri melepaskan dia.
"Kalau dia enggan ceraikan engkau?"  Persoalan itu diajukan pada Azimah.
"Tentulah aku tak jadi janda!" 
Tergelak jadinya Azimah.  Nurizati, Nurizati, itupun nak ditanya.  Jawaplah sendiri.  Lucu betul dengan soalan itu.  
"Senangnya mulut bercakap!" 
Nurizati memasamkan mukanya.  Mudah benar kawannya itu mengeluarkan bicara tanpa perlu berfikir panjang.  Memang dia hebat!  Nurizati sallute.
"Habis, aku nak cakap apa?  Memang itu hakikat hidup yang aku tengah lalui"
"Engkau bercakap macam orang yang tak ada masalah saja?"
"Itulah cara aku Nur.  Kalau terlalu difikirkan, susah aku nanti.  Biarlah, semua ni kan kerja DIA!  Pasti ada jalannya nanti"
Sejak dulu lagi, sejak terpaksa berpisah dengan Steven Azimah melatih dirinya begitu.  Pegangan itulah menjadikan dia terus cemerlang dalam akademik dan pergaulan.  Dia memang bermasalah dan susah hati, untuk apa menambah lagi kesusahan hatinya untuk berfikir yang bukan-bukan.  Baginya, perkara akan jadi mudah jika dia mengambil mudah.  Pedulilah orang nak kata apa.

"Ajim!  Kau dah bagitau Ezam pasal kau nak ke Pulau Pinang?"  Muka Azimah yang tersenyum sambil geleng kepala direnungnya.
"Belum Nur.  Aku belum jumpa masa yang sesuai"  Azimah menerangkan keadaannya.
"Engkau nak tunggu sampai bila?  Baik sekarang, merajuk dia nanti"  Nurizati mengusik.
"Biarlah Nur.  Aku dah tak kisah dengan rajuk dia"
"Mulut kata tak kisah, hati engkau?" 
Walaupun Azimah tak seperti isteri Nurezam, dia tahu bagaimana Azimah melayan Nurezam.  Tak pernah dia bersikap mengenepikan suami yang telah bernikah dengannya itu.
"Aku tak rasa dia akan keberatan.  Dia pasti gembira aku jauh daripada dia.  Taklah dia terpaksa bawa aku jumpa datin kalau mama dia mendesak nak berjumpa aku"  Macamanapun Azimah tak mahu kalah.
"Suka hati engkaulah Ajim" 
Nurizati akhirnya bersetuju saja dengan Azimah.  Memang dia tak akan menang kalau berlawan bicara dengan Azimah yang banyak idea.  Diam-diam dia mendoakan supaya takdir hidup temannya akan berubah.  Dia mengharapkan suami teman itu benar-benar nak bersama Azimah.  Dari pengamatannya lelaki itu benar-benar ikhlas mendapatkan Azimah.  Kalau tak macamana dia boleh berkejar ke Bangi sedangkan tiada sesiapa memberitahu Azimah sakit.  Hanya orang yang ada hubungan rapat saja akan mendapat 'hints' sebegitu.


NUREZAM memanaskan bubur.  Kemudian bubur dicedok ke dalam mangkuk, disejukkan.  Bubur dibawa masuk ke dalam bilik.  Segelas susu panas turut dibawanya bersama.  Menantikan Azimah yang sedang sembahyang, Nurezam tersenyum sendiri.  Pekerjaan yang dibuatnya sebentar tadi tak pernah langsung dibuatnya sebelum ini.  Tapi, kerana perempuan itu, sanggup pula Nurezam turun ke dapur.  Agaknya memang Nurezam sudah gila.  Kegilaannya dalam menggapai cinta Azimah menjadikan dia banyak berubah.  Berubah yang bukan calang-calang pulak tu!  Melawan arus rutin hidupnya.

            "Kenapa senyum sendiri?" 
            Soalan Azimah yang sedang melipat telekung menjadikan senyumnya semakin meleret.  Tak ada jawapan untuk soalan itu di kepalanya.
            "Ajim makan sikit ya.  Lepas tu kena ambik ubat"  Nurezam seperti memberi arahan.
            Tangan Azimah yang mahu mengambil mangkuk ditahannya.
            "Ezam suapkan"  Pendek saja pernyataan Nurezam.
            Ada rasa malu di wajah isterinya ketika Nurezam menyorong sudu ke mulut.  Mau tak mau dia menganga juga.  Ya ALLAH, indahnya saat itu, aroma kebahagiaan menyelinap masuk ke jiwanya.  Suapan kedua ditolak Azimah dengan gelengan kepala.
            "Takkan satu sudu aje?" 
Nurezam tak puas hati.  Matanya memandang tepat muka perempuan itu.  Takkan kerana sakit seleranya merosot betul.
            "Kalau tak keberatan, tolong campurkan dengan sedikit kicap dan serbuk pepper" 
Azimah membuat permintaan yang menggembirakan hatinya sebagai suami.  Okeylah kalau dia boleh memintanya berbuat sesuatu.  Bukan sesuatu yang mudah tu.
"With my pleasure, princess"  Tak banyak songel, Nurezam bangun dan pergi ke dapur.

Walaupun hari sudah pagi, matanya masih tak mengantuk.  Setelah memastikan isterinya terlena, baru dia tidur.  Nurezam dibuai rasa gembira kerana dia tak lagi dihadapkan dengan muka Azimah yang takut-takut.  Tak ada juga unsur penolakan bila Nurezam memeluknya.  Dan yang paling menggembirakan, ketika dia nak balik di petang hari minggu itu,  Azimah mencium pipinya sambil mengucapkan terima kasih.  Bukankah itu perkembangan yang sangat positif dalam hubungan mereka!

"En. Ezam, Datuk Shukri nak jumpa!"
Interkom dari Mira mematikan lamunannya.  Lesap senyum manis wanita yang sedang difikirkannya itu.  Kacau daun betul!  Nurezam geram sendiri.
"Baik, baiklah.  Sekejap lagi saya pergi" 
Tidak pula Nurezam membantah apa-apa.  Fail dan buku laporan di atas meja dicapainya.  Dengan senyuman yang masih bersisa, dia melangkah ke lift.  Dia benar-benar rasa bersemangat nak menjalankan tugasnya.



HATI Nurezam tak keruan rasa.  Cerita yang dibawa Zafri yang tertembung dengan Azimah yang sedang menikmati makan tengahari bersama seorang lelaki muda meresahkan jiwanya.  Tak berlengah dia bergerak ke restoran yang dimaksudkan Zafri.  Memang kereta Azimah ada di situ.  Perasaan cemburu memenuhi hati lelakinya.  Azimah ada memberitahu yang dia ke UM, tapi tak pula dinyatakan yang dia nak keluar makan bersama sesiapa.  Menyirap betul darahnya bila terpandang Azimah berpegangan tangan tanpa rasa segan silu di khalayak ramai dengan lelaki yang jauh lebih muda dan 'ganteng' dari Nurezam sendiri.

Nasib baik lelaki di sebelah Azimah sempat mengelak.  Kalau tak lebam biji matanya.  Terperanjat Azimah dengan insiden yang tiba-tiba sahaja berlaku di depan matanya.  Cepat Azimah menarik tangan lelaki yang bersamanya yang sudah mahu menyusun langkah.  Anak lelaki kan pantang dicabar!  Kalau Amar yang pernah mewakili persatuan silat negeri Johor mengamuk, Azimah pun ikut susah nantinya.  Mulut Amar yang cuba bercakap ditutupnya.  Dengan janji untuk menghubungi adiknya itu, Azimah menutupkan pintu kereta dan mengarahkan lelaki itu berlalu dengan isyarat tangan.  Selepas kereta Amar berlalu, dia menghampiri Nurezam yang masih berdiri di tempat yang sama.

"You ni kenapa?"  Muka lelaki itu dihadapnya dengan pandangan geram.
"Kenapa, Ajim tanya!  Ezam yang sepatutnya tanya kenapa Ajim nak buat macam tu?" 
Api kemarahannya masih belum reda.  Kalau tak kerana Azimah berdiri di hadapan lelaki itu tadi, pasti lelaki itu ditibainya cukup-cukup, biar hatinya puas!
"You nak macamana lagi Ezam?  Apa yang you nak semua I dah buat.  Apa aje yang you lakukan, suka ke, tak suka ke, Ajim tak pernah melarang.  Rasanya Ajim tak ada salah apa-apa kat you.  Kenapa Ezam buat Ajim macam ni?" 
Separuh menjerit Azimah.  Hampa betul dengan tindakan Nurezam kepadanya.  Baru beberapa hari lepas lelaki itu melayannya dengan baik sekali.  Hari ini dah lain pulak jadinya.  Azimah mengeluh dan masuk ke dalam keretanya.  Kalau terus begini, pasti Azimah akan tua sebelum usianya.  Kalaulah ada pilihan, Azimah lebih suka Nurezam yang dulu.  Nurezam yang tak pernah melayannya, tak pernah ambil tahu kehidupannya.  Walaupun diabaikan, keadaan sekarang jauh lebih sakit dari diabaikan.
"Tak salah Ajim kata!  Yang you keluar makan, berkepit dengan lelaki lain tu apa?" 
Dalam marahpun Nurezam sempat juga berfikir.  Dia sebenarnya tak layak bertanya begitu berdasarkan layanannya kepada perempuan itu sebelumnya.  Tapi dia memang tak dapat mengawal api cemburu di hati tika melihat isterinya bersama lelaki lain.  Nurezam tak membenarkan Azimah berlalu begitu saja.  Dia turut masuk ke kereta Azimah.
"Astaghfirullahhalazim!" 
Beristighfar Azimah mendengar cakap Nurezam.  Amar yang dicemburukannya.  Kalau ya pun Amar tu teman lelaki Azimah, Nurezam tak sepatutnya cemburu.  Mereka kan hanya suami isteri di atas kertas sahaja.  Walaupun hal itu ingin sekali dilontarkannya keluar, tetapi dia bersabar dan menyimpannya di dalam hati sahaja.  Geram dengan sikap bodoh sombong lelaki  yang menjadi 'suaminya' itu.  Dalam pada itu, ada rasa gembira bila mengetahui punca kemarahan lelaki itu adalah mencemburui Amar yang disangka teman lelakinya.  Bernilai juga aku pada dia sampai nak dicemburukan!
 "Ezam!  You nak hubungan yang macamana dengan Ajim?  Cuba you cakap" 
Azimah menjeling Nurezam yang duduk di sebelahnya.  Kalau Azimah selama ini tak pernah kisah lelaki itu melakukan apa-apa, kenapa pulak lelaki itu nak sibukkan halnya?  Kalau dia boleh peluk Mimi, kenapa aku tak pulak dibenarkan berpegang tangan dengan lelaki lain.  Azimah pun jadi angin jugak.
"I want you to be my wife!"
"I kan memang wife you.  Dah setahun lebih pun I jadi wife you"
"I meant the real one!"
"I don’t think so!  You tak boleh buktikan apa yang you cakap.  Sebenarnya you cuma nakkan tubuh I aje kan, bukan hati I
Azimah jadi tersedu sendiri ketika perkara itu diluahkannya.  Mudah betul rasa sedihnya datang kalau dia berperang dengan Nurezam.
"Kenapa you cakap macam tu?  I betul-betul ikhlas, you yang sengaja tak nak faham I
Nurezam masih tak mahu mengalah.  Nada suaranya diturunkan sedikit.  Macam bersalah pulak membuatkan perempuan itu menangis.
"Kalau Ezam betul-betul nakkan Ajim, ambik hati Ajim, kenapa tak kenal dengan keluarga Ajim?  Ajim malu Ezam buat macam tu pada adik Ajim.  Apa yang Ajim nak cakap pada Amar bila abang ipar dia buat macam tu?  Adik I, seluruh family I tak pernah tahu yang I bermasalah dengan youI dah tak tau nak buat macamana lagi.  Kalau you masih ada rasa simpati pada I, ambik nombor telefon dia ni, call dia.  Bagilah apa-apa alasan yang patut, I dah tak larat!" 
Semakin merembes air matanya.  Yang paling ditakutinya, Amar tu pendendam orangnya.  Tak pasal-pasal pulak Nurezam jadi mangsanya nanti.
"Adik you?" 
Nurezam terkasima.  Memang dia bersalah kerana cemburunya tak bertempat.  Huluran kad di tangan Azimah dicapainya.  Ingin saja dia mengesat air mata di pipi isterinya, tetapi perempuan itu memang sedang meradang.  Bersilat pulak dia nanti!  Bersalah, diam ajelah, apa lagi yang lebih baik dari itu.
"Encik Nurezam… tolong maklum!  Walaupun saya ni cuma perempuan kampung, saya tau sejauh mana batasan pergaulan seorang perempuan yang sudah bergelar isteri.  Walaupun cuma pada nama saja… understand!  Now!  Tolong keluar dari kereta saya, saya nak balik!"  Saat itu Azimah lupa nak berbahasa seperti selalu.  Menghulur tangan pun dia tak sudi.  Biar dia rasa!  Bukan lelaki itu seorang yang boleh meradang.
Macam orang bodoh, Nurezam akur saja pada arahan Azimah.  Pandangan matanya terus mengiringi kereta Azimah yang berlalu pantas.  Bodohnya aku!  Walaupun marah dengan kebodohan dan kesalahan sendiri, Nurezam masih mampu tersenyum.  Azimah masih belum menduakannya, hanya dia yang salah sangka.  Nurezam terus mendail nombor Amar yang diserahkan Azimah.  Dia rela menerima apa sahaja yang terkeluar dari mulut adik iparnya itu, asalkan segala-galanya jernih kembali.  Tak sanggup betul untuk dia terus dipinggirkan Azimah.


Nasib baik pertemuan dengan Amar, adik ipar yang baru dikenalinya itu berjalan lancar.  Memang patut sangat Azimah marah dengan apa yang berlaku.  Memang dia tak senonoh sampai boleh tak kenal dengan adik ipar sendiri.  Ezam!  Ezam!  Baru 2 hari lepas hubungan mereka harmoni sekali.  Kerana cemburunya, marah pulak perempuan itu padanya.  Padan muka engkau Nurezam!  Lambat lagilah nampaknya hubungan mereka nak harmoni semula.

Monday 10 November 2014

DIDK P14









BAB EMPAT BELAS






            Banglo mewah Datuk Shukri nampak tenang di matanya.  Emosi lelaki yang memandu di sebelahnya pun nampak tenang juga, Alhamdulillah!  Azimah tersenyum ceria mendapatkan Datin Khadijah yang menyambut kedatangan mereka di hadapan pintu.  Gembira betul isteri Datuk Shukri melihat kedatangan anak dan menantunya.  Dah lama juga Nurezam tak membawa Azimah balik ke situ.

            "Kenapa lama tak balik sini?"  Datin Khadijah bertanya sebaik Azimah mencium pipi orang tua itu.
            "Ajim tak ada masalah apa-apa ma.  Ajim ikut aje cakap abang Ezam.  Kalau dia kata balik, Ajim baliklah.  Mama kan lagi tau perangai anak lelaki mama." 
Azimah mengemukakan alasan.  Senyuman manis tak lepas dari wajahnya.  Dia sedar pada jelingan mata Nurezam, sengaja dia buat tak nampak.
            "Mama tau.  Masuklah Ajim, biar Ezam bawak barang-barang masuk"

            Nurezam memandang saja Azimah yang ditarik Datin Khadijah tangannya.  Sayang betul orang tua itu pada menantunya yang seorang tu.  Aku yang anak pun tak dilayan begitu.  Nurezam tersenyum sendiri.  Selepas menghantar beg ke biliknya di tingkat atas, Nurezam menyertai mereka berdua di ruang tamu.  Seronok mendengar ketawa gembira Datin Khadijah dan Azimah.
            "Kamu ni Ezam, janganlah isteri tu nak dihadap sendiri aje.  Hujung minggu tu baliklah selalu ke sini.  Mama suka kalau Ajim ada kat sini, taklah mama sunyi"
            "Alah ma, bukan Ezam hadap sorang-sorang.  Kalau hari biasa, Ajim sibuk kerja, Ezam pun kerja.  Hari Sabtu pun tak terkecuali.  Hari ni nasib aje Ajim tak ada aktiviti petang, kalau tak malam baru boleh balik ke sini.  Hari minggu aje Ezam boleh menghadap Ajim dalam keadaan paling selesa"  Nurezam mengeluarkan alasan. 
Azimah yang duduk di sebelah Datin Khadijah tersenyum mendengar alasan yang direka Nurezam.  Memang mereka banyak berbohong kalau balik ke banglo mewah ini.  Azimah tahu berbohong itu berdosa.  Tapi kalau berbohong dan memberi lebih manfaat kepada orang lain tak apalah.
"Tak apalah kalau macam tu.  Yang penting kamu berdua jangan saling mengabai antara satu sama lain.  Habiskan banyak masa bersama, barulah dunia rumahtangga semakin indah"  Tanpa sebarang syak, Datin Khadijah memberi nasihat.

Datuk Shukri kelihatan menuruni anak tangga.  Orang tua yang lebih kurang sebaya dengan ayah Azimah itu menghampiri mereka.
"Apa khabar papa?"  Azimah bangun menyalami orang tua itu, tangannya dicium.
"Baik Ajim"  Kepala menantu yang sememangnya berbudi pekerti tinggi itu disentuhnya.  Gembira hatinya melihat pasangan suami isteri itu mengunjungi mereka.
Nurezam juga melakukan perkara yang sama.  Kemudian dia mengambil tempat di sebelah isterinya.  Datuk Shukri duduk di sebelah Datin Khadijah.
"Kamu berdua bila nak ada anak?  Kamu berdua merancang ke?"  Soalan cepu emas itu dikeluarkan Datuk Shukri.  Muka pasangan suami isteri itu dihadapnya.
"Ialah.  Mama pun dah tak sabar nak menimang cucu."  Pantas saja Datin Khadijah menyokong persoalan yang diajukan suaminya.
"Kami tak merancang pun papa.   Kalau ada rezeki, kami terima aje.  Kan Ajim?"  Nurezam meminta sokongan Azimah.  Tangan perempuan itu dicapainya.  Walhal, nak ada anak macamana?  Isterinya itu masih berstatus anak dara lagi!  Disentuh pun tidak.
"Betul ma, pa.  Belum ada rezeki kami agaknya" 
Dia menjeling Nurezam dengan senyuman penuh makna.  Dia tahu lelaki itu sengaja mengambil kesempatan memegang tangannya di hadapan datuk dan datin.
"Kalau belum rezeki tak apalah.  Jangan pulak kamu berdua sembunyikan apa-apa dari kami"  Sedap saja ayat itu keluar dari mulut Datuk Shukri.  Ada kebimbangan yang nyata di sebalik suara itu.
"Papa nampak Ajim dengan abang Ezam ni macam berlakon ke?" 
Azimah tahu hanya dia yang boleh menghapuskan keraguan dua orang tua di hadapan mereka itu.  Kalau Nurezam yang bersuara pasti mereka tak akan percaya.
"Kalau Ajim sendiri dah cakap macam tu, papa tak boleh komen apa-apa lagi.  Papa dengan mama tumpang gembira dengan kebahagiaan kamu berdua." 
Datuk Shukri akur.  Takkanlah Azimah membohongi mereka.  Datin Khadijahpun dilihatnya senyum ceria.  Pasti dia seronok betul kerana Nurezam akhirnya menerima menantu pilihan mereka.
"Terima kasih papa, mama.  Biar kami naik bilik dulu, masih belum solat Asar lagi"  Nurezam meminta diri bagi pihak dia dan isterinya.
"Pergilah.  Lepas sembahyang turun bawah, kita minum petang sama-sama"  Datin Khadijah cepat menjawab.
Nurezam menghulur tangan kepada Azimah.  Dengan senyuman manisnya, Azimah menyambut huluran tangan Nurezam.  Mereka melangkah bergandingan menuju ke tangga dan hilang dari pandangan Datuk Shukri dan Datin Khadijah yang terus berbual.

"Seronok Jah tengok mereka bang.  Ezam dah berubah banyak.  Solatnya pun dah terjaga"  Datin Khadijah menyatakan perasaan gembiranya terhadap perubahan sikap si anak.
"Entahlah Jah.  Abang tetap rasakan ada sesuatu yang tak kena" 
Datuk Shukri lain pulak ceritanya.  Walaupun dia telah menyaksikan sendiri kemesraan mereka berdua sebentar tadi, hatinya tetap merasa sangsi.
"Eh abang ni!  Takkanlah Azimah tu tipu bang.  Kalau anak awak tu percayalah tipu.  Ini Azimah yang cakap.  Lagipun Jah perhatikan Ezam memang dah banyak berubah bang"  Tak setuju benar Datin Khadijah dengan pendapat suaminya.
"Abang pun nampak perubahan Ezam.  Kebelakangan ni dia semakin bertanggungjawab dalam kerja.  Kita tengok ajelah Jah.  Abang harapkan mereka benar-benar bahagia.  Kalau tak, kesian Azimah.  Kita pun ikut bersalah sama tau!"  Datuk Shukri menyatakan punca kerisauannya.
"Jah tau bang.  Kita sama-sama berdoalah mereka tu akan menikmati kebahagiaan yang berpanjangan"  Datin Khadijah memerhatikan Datuk Shukri menantikan reaksinya.
"Baiklah Jah"  Datuk Shukri tersenyum.  Di dalam hatinya dia amat berharap rasa hatinya tersilap.
SELEPAS makan malam mereka sekeluarga duduk berbual-bual di ruang tamu.  Nurin Balqis, anak bungsu Datuk Shukri tak kelihatan di situ.  Dia masih di ruangan dapur bersama Mak Leha, pembantu rumah mereka.

"Malam ni dah makan masakan Mak Leha, esok masa lunch papa nak makan masakan Ajim pulak.  Boleh tak?"  Datuk Shukri memandang Azimah yang duduk rapat di sebelah suaminya.
"InsyaAllah boleh papa.  Kalau masakan yang papa nak makan tu Ajim pandai masak, tak ada masalah.  Tapi, kalau tak sedap, papa jangan marah tau"  Azimah tersenyum menjawap permintaan ayah mertuanya.
"Mana ada istilah tak sedap kalau Ajim yang masak.  Menantu papa ni masakannya nombor satu"  Datuk Shukri menunjukkan isyarat ibu jarinya.
"Ezam pun setuju dengan papa.  Ajim kalau masak memang meleleh!"  Nurezam mengiakan cakap Datuk Shukri dengan ikhlas.
"Abang ni!  Malulah sikit puji isteri sendiri macam tu"  Azimah memukul lembut paha Nurezam.
"Apa pulak nak malu, bangga lagi.  Abang iklas tau!"  Nurezam memandang muka isteri yang tersenyum malu.
"Jadi setiap kali cuti, kamu kulikan Ajim, suruh dia memasak untuk kamu ya!"  Datin Khadijah tiba-tiba menyampuk perbualan.
"Tak adalah mama.  Ezam tengoklah masa yang sesuai, kalau Ajim tak penat.  Kalau hari biasa, Ezam prefer makan kat luar, hari minggu aje masak kat rumah"  Nurezam mempertahankan diri.
"Alah mama, tak payah risaulah.  Selagi abang Ezam suka nak makan masakan Ajim,  Ajim tak kisah nak masak untuk dia"  Azimah menerangkan ketersediaannya untuk berbuat begitu, lagipun…. bukan orang lain, 'suaminya' juga.

Masa yang sama, Nurin Balqis datang dari arah dapur dengan sepinggan buah limau sunkist yang sudah dipotong.  Dia menjemput semua yang ada di ruang tamu menikmati buah pencuci mulut.
"Kamu dengar tu Balqis.  Tiru perangai kakak kamu ni.  Belajar tinggi-tinggi pun dia suka nak masuk dapur.  Bukan macam kamu, liat.  Kamu kena tau, memasak tu boleh memikat hati suami.  Betul tak Ajim?" 
Nurin Balqis, anak bungsu yang duduk bertenggek di sebelah Azimah pulak jadi mangsa teguran Datin Khadijah.
"Macam tulah kata orang mama.  Balqis masih muda, boleh belajar dari sekarang.  Memasak ni seronok tau."  Azimah memandang Nurin Balqis yang juga sedang memandang wajahnya.
"Esok, kakak ajar Balqis ya!"  Nurin Balqis, pelajar tahun pertama kos undang-undang di UM membuat permintaan kepada Azimah.
"Boleh!  Tapi masakan akak cara kampunglah!" 
Dengan mata menjeling Nurezam, Azimah sengaja menekankan perkataan kampung.  Pedulikan kalau Nurezam nak terasa!  Takkan dia nak mengamuk di hadapan orang tuanya.
"Itulah yang bestnya Ajim.  Papa, selalu teringat-ingat masakan kampung Ajim tu tau"  Datuk Shukri menyokong kenyataan Azimah.
"Ialah tu!"  Azimah ketawa.  Yang lain-lain turut ketawa.

Selang beberapa minit kemudian, Datuk Shukri meminta diri ke bilik bacaan bersama Nurezam.  Ada hal bisnes yang mahu dibincangkan.  Tinggallah Datin Khadijah, Balqis dan Azimah di ruang tamu.  Tak berhenti-henti Nurin Balqis berbicara dengan Azimah.  Senang betul dengan kakak iparnya itu.  Bila mendengar kakak iparnya balik dari Datin Khadijah terus Nurin Balqis yang tinggal di hostel balik ke rumah.  Semua aktiviti yang dah dirancangnya dibatalkan.  Ada banyak hal yang hendak dikongsikan dengan perempuan yang dirasakan melayannya dengan mesra.  Bosan pulak jadinya Datin Khadijah mendengar cerita Balqis.  Dia pun akhirnya angkat punggung meninggalkan anak bungsu yang dilihatnya serasi betul bercerita dengan menantunya itu.

Tak lama selepas Datin Khadijah berlalu, tangan Azimah ditarik Nurin Balqis ke biliknya.  Seronok juga bercerita sambil berbaring.  Pukul 11.30 malam, setelah Azimah terkuap-kuap beberapa kali, cepat saja dia mempelawa perempuan itu tidur di biliknya.  Seronok betul dia berbual panjang dengan perempuan lembut yang serba memahami, suka melayannya bercerita dan suka pula memberikan nasihat yang dirasakan bersesuaian dengan citarasanya.


NUREZAM memandang jam di tangan.  Sudah menghampiri pukul 12.00 malam.  Dah tidur agaknya Azimah.  Pintu biliknya ditolak.  Tiada sebarang tanda Azimah berada di bilik itu.  Apa dia masih duduk berbual di ruang tamu?  Nurezam keluar dari bilik turun ke tingkat bawah.  Azimah tak kelihatan di mana-mana.  Ketika nak naik semula ke atas, dia bertembung dengan mamanya.

"Mama!  Mama nampak Ajim tak?"  Cepat dia menyoal.
"Dengan Balqislah tu.  Dari tadi dia melayan Balqis bercerita.  Mama tengok, suka betul Balqis dengan Azimah.  Dipeluk-peluknya, boleh baring atas paha, dah macam kakak sendiri.  Si Azimah tu pun pandai melayan, jadiklah tu" 
Datin Khadijah memberitahu sambil ketawa kecil.  Menyatakan kegembiraannya kerana Balqis pun amat menyayangi Azimah dan sangat mempercayainya.  Pasti dia boleh mengorek banyak cerita dari Azimah nanti.
"Azimah tu kan anak sulung ma, dia dah biasa melayan adik-adiknya macam tu.  Okeylah ma, Ezam nak tengok mereka.  Good night!  Assalamualaikum!"  Nurezam mencium pipi mamanya.
"Goodnight!  Waalaikumussalam!"  Datin Khadijah geleng kepala dengan perangai tergesa-gesa Nurezam.  Macam tak boleh langsung nak berenggang dengan isterinya.  Datin Khadijah mengukir senyum.

Pintu bilik Balqis diketuknya.  Tak menunggu jawapan, tombol pintu dipulasnya.  Ketika daun pintu sudah separuh dibukanya, Nurin Balqis sudah berdiri di depannya.
"Adik!  Kakak mana?"  Nurezam terus bertanyakan isterinya.
"Shh!"  Balqis menunjukkan tanda isyarat senyap kepada abangnya.
"Akak dah tidur, lama sangat tunggu abang dengan papa selesai berbincang"
Mendengar cakap Nurin Balqis, pantas Nurezam masuk ke bilik adiknya.  Matanya dihalakan ke arah Azimah yang nampak selesa sekali di katil adiknya.  Niat untuk menghampiri Azimah terbantut bila adik perempuannya menarik tangan Nurezam.
"Abang!  Biarlah kakak tidur dengan adik.  Malam ni aje.  Setiap malam abang dah peluk dia, malam ni biarlah dia dengan adik ya?  Malam ni aje, please!"  Merayu-rayu Nurin Balqis kepada Nurezam.
Setiap malam?  Inilah peluang abang nak peluk dia, Balqis.  Kalau berterus terang kang, bocor pulak rahsia aku!  Nurezam memandang muka Azimah.  Biarlah.  Kesian pulak nak mengejut isteri yang sudah terlena.
"Okeylah" 
Nurezam akhirnya mengalah saja walaupun dia sebenarnya telah melepaskan peluang yang bukan senang untuk tercipta.  Kakinya diundurkan dari bilik Nurin Balqis.
"Thanks abang"  Nurin membukakan pintu untuk Nurezam dengan wajah yang dipenuhi senyum kemenangan.

Teringat sesuatu, Nurezam kembali berpusing.
"Adik jangan matikan lampu tidur tau!  Dia tak boleh bergelap!"  Kalau dengan abang tak apa!!  Dalam hati saja bicara itu dibayangkannya.
"Abang projek pun dalam terang ke?"  Nurin Balqis sengaja nak mengusik abangnya. 
"Dengan abang, dia tak kisahlah.  Abang kan ada untuk dipeluk, tentulah dia tak takut.  Hei!  Ni apa anak dara cakap hal macam ni?  Urusan orang dah kahwin, tak boleh tau, pergi tidur!"  Nurezam memberi arahan dalam senyumnya.  Sempat saja Balqis mengenakannya.
"Baiklah abang.  Good night!"  Nurin Balqis menyambung ketawa ketika Nurezam berlalu meninggalkannya.
           

NUREZAM balik ke bilik dengan perasaan hampa.  Memang dia sengaja mengelak dari akukah?  Persoalan itu bermain di fikirannya.  Senyuman manis perempuan itu pun kadang-kadang dirasakan seperti memerlinya.  Dah nak terlelap pun dia masih berfikir hal itu.  Kejadian petang tadi turut bermain di matanya.  Sedikit gembira dan senang hatinya mengingat penerimaan perempuan itu.

            "Thanks Ajim!"  Ucapan terima kasih dilafaz sebaik sahaja pintu bilik dikuncinya.  Tangan perempuan itu masih tak sudi dilepaskannya.
            "It's okay, Ezam.  Macamana suami bertanggungjawab melindungi isteri, isteri pun kena menjaga kehormatan suami kan?"  Azimah memulangkan bicara minggu lepas Nurezam.  Ketika itu matanya bertembung dengan mata Nurezam.
            Ketika Nurezam bertindak memeluk pinggang Azimah, perempuan itu tak menolak langsung.  Ketika bibirnya mengucup bibir perempuan itupun reaksinya tidak seperti sebelum ini.  Nurezam dibuai rasa bahagia yang amat sangat.  Hanya ketika dia nak bertindak lebih jauh, tangan lembut itu menangkap tangannya.
            "Kita belum solat Asar lagi, saya tak nak mandi wajib!  Lagipun papa dan mama awak tunggu kita kat bawah"
            Peringatan bersahaja dari perempuan itu menjadikan nafsunya kembali normal.  Ketawa besar pula yang muncul dari mulutnya.  Lucu mendengar amaran isteri.  Tangannya pun tak menghalang bila perempuan itu perlahan-lahan merungkai tangan Nurezam dari pinggangnya.  Langkah perempuan yang menuju ke katil dan menghampiri beg yang memuatkan bajunya diekori dengan anak matanya.  Terduga betul dia dengan sikap perempuan yang serba-serbi menawan seluruh hati lelakinya.  Perempuan itu boleh disamakan dengan jinak-jinak merpati, nak makan di tangan tapi akhirnya terlepas juga bila cuba nak ditangkap.  Memang dia bijak!

            Mengeluh lagi Nurezam.  Memang logik kalau Azimah sengaja mengelak dari tidur bersamanya.  Pasti malam ini dia tak boleh menolak kalau Nurezam meminta haknya sebagai suami.  Takkan dia nak menjerit di rumah mertua.  Hebat dia!! 
Nurezam tersenyum sendiri dengan andaian yang dibuatnya.  Pasti Azimah sudah mencium agendanya.  Bukan pertama kali mereka tidur sebilik di rumah mewah ini.  Sebelum ini pun mereka tidur sekatil bila balik ke sini.  Tapi ketika itu dia masih teguh dengan ego lelakinya.  Azimah ke kanan dia ke kiri.  Perempuan itupun tak pernah takut-takut ketika bersamanya.  Keadaan dah jauh berbeza tiga minggu kebelakangan ini.  Dalam berfikir-fikir, Nurezam akhirnya terlena.


            PAGI ITU, Nurezam hanya terjaga ketika tangan Azimah menggoncang lembut bahunya.  Rasa bahagia menyelinap  ke hatinya kerana dapat menatap senyuman bidadari itu sebaik matanya terbuka.  Ada senyuman sinis yang dapat dikesannya di wajah perempuan itu.

            "Kenapa tak tidur kat bilik malam tadi?  Ajim takut dengan Ezam ya?"
            "Taklah.  Ajim tertidur kat bilik Balqis"  Azimah cuba menafikan dengan mengemukakan alasan tertidur.  Walhal dia sengaja berbuat begitu.  Perbualan lelaki itu dengan adiknya pun boleh diulangnya satu persatu, bukannya dia tidur!
            "Tipulah.  Ezam tak percaya"  Nurezam turun dari katil dan menghampiri Azimah yang berdiri hampir dengan pintu bilik.
            "Pergilah sembahyang dulu.  Dah 6.30 ni, lambat nanti"  Azimah terus nak mengelak dari terus menjawab pernyataan Nurezam.  Dia sedang membuka tombol pintu ketika tangan lelaki itu menangkap tangannya.
            "Sekejaplah, Ezam nak cakap ni"  Tak puas hati Nurezam selagi tak memperoleh jawapan sebenar dari Azimah.
            "Tak maulah, Ezam busuk, Ajim dah mandi"  Tergelak Azimah melihat muka Nurezam.  Tangannya cuba melepaskan pegangan lelaki itu.  Sebaik terlepas, cepat saja Azimah menyelinap keluar di sebalik pintu bilik yang telah dibukanya.

            Nurezam tersenyum melihat kenakalan isterinya.  Kalaulah Nurezam merendahkan egonya sejak dulu, pasti dia tak perlu terkejar-kejar seperti sekarang.  Mengingat subuh yang tak menunggu, tuala dicapainya.  Azimah tak lari, subuh yang lari.


            DATIN KHADIJAH turun ke tingkat bawah.  Jam sudah menghampiri 9.00 pagi.  Mak Leha dilihatnya sedang menguruskan pokok-pokok bunga di taman mini miliknya.  Nurezam dan Azimah tak kelihatan di mana-mana.  Takkanlah belum bangun!  Datin Khadijah membuat andaian sendiri.  Bila telinganya dapat mendengar bunyi sudip di dapur, cepat dia melangkah ke situ.  Tak jadi Datin Khadijah nak masuk ke ruang dapur bila melihat anak lelakinya sedang memeluk isterinya yang sedang memasak dari belakang.  Memang hubungan mereka mesra.  Walaupun tak dapat menangkap biji butir perbualan,  ketawa yang seringkali terburai membayangkan betapa gembiranya pasangan itu.  Datin Khadijah menerima keadaan itu dengan ucapan syukur ke hadrat ALLAH.  Sepanjang perhubungan suami isteri itu, inilah pertama kali dia terlihat hubungan mereka yang terlalu mesra.  Tiada apa yang perlu diragukan, takkanlah berdua-duaan pun mereka berpura-pura.

            "Ma, apa yang mama intip tu?"
            Terkejut Datin Khadijah, berderau darahnya menerima bicara Balqis yang tiba-tiba muncul di situ.
            "Tu ha.  Abang kamu tu, macam tak boleh berenggang langsung dengan isteri dia"
            "Baguslah ma.  Kan memang itu yang mama harapkan" 
Nurin Balqis mengingatkan Datin Khadijah yang sudah tersenyum sehingga ke telinga.  Kemudian Nurin Balqis, menuju ke dapur.

            "Abang, public figurelah!"  Nurin Balqis yang menghampiri pasangan romantik itu menegur Nurezam.
            "Wife abang, suka hatilah"  Nurezam melepaskan pelukan bila Azimah menolak kerana rasa malu kelakuan mereka diperhatikan Nurin Balqis.  Nurezam menjelir lidah kepada satu-satunya adik yang dia punya.
            "Tak malu!'  Nurin Balqis bertindak mencebikkan bibirnya.
            Nurezam ketawa besar bila memandang isteri yang menunjukkan aksi geram dengan perangainya yang suka berlawan cakap dengan Balqis.
            "Akak!  Akak buat apa lagi, breakfast kan dah ada"  Nurin Balqis bertanya.
            "Abang kamu nak makan nasi goreng kampung.  Akak gorenglah sekejap.  Dah siap pun"  Azimah memberitahu punca dia berada di situ.
            "Mengada!"  Wajah abang yang masih ketawa dipandangnya geram.
            "Kakak tak sibuk pun, dia pulak yang kecoh!"
            "Dah-dah!  Dah siap pun jom kita ke depan" 
Azimah bertindak menghentikan dua beradik yang suka berlawan cakap.  Sebenarnya bicara mereka berbentuk gurauan, tapi tak pelik kalau ada yang terasa di akhirannya nanti.


            HARI ITU, seperti mana permintaan Datuk Shukri, Azimah memasak lauk untuk makan tengahari.  Nurin Balqis membantunya.  Bersungguh betul anak dara datuk Shukri dan Datin Khadijah nak belajar masak.  Yang lain-lain hanya duduk berbual di ruang tamu.

            "Kamu masih jumpa dengan budak perempuan tu lagi Ezam?"  Tiba-tiba Datuk Shukri mengaju soalan kepada anak lelakinya.  Ketika itu Datin Khadijah ke dapur, menjenguk tukang masak!
            "Masih papa"  Nurezam tertunduk.  Perlahan saja jawapannya.
            "Ajim tau tak?" 
            "Ezam tak tau pa.  Tapi Ezam dah buat keputusan, Ezam nak bersama Ajim seumur hidup Ezam.  Ezam betul-betul sayangkan dia"  Nurezam membuat pengakuan kepada Datuk Shukri.  Dia serius dengan apa yang diluahkannya.
            "Putuskan terus hubungan kamu dengan perempuan tu kalau Ezam betul-betul sayangkan Ajim.  Jangan sampai Ajim terluka dan buat keputusan tinggalkan kamu.  Masa tu, papa dan mama tak boleh nak membantu.  Sesiapapun tak boleh membantu kalau Azimah dah buat keputusan begitu"  Datuk Shukri memberi peringatan tegas kepada Nurezam.
            "Ezam tau pa.  Ezam dah ada plan nak beritahu Mimi dua atau tiga hari lagi.  Dua tiga minggu ni, Ezam sibuk dengan kerja.  Hujung minggu pulak Ezam stay kat rumah dengan Ajim.  Ezam tak sempat jumpa dia langsung."
            "Baguslah kalau kamu dah tahu apa yang patut dibuat.  Tau mama kamu, mengamuk dia"
            Faham benar Datuk Shukri dengan isteri yang sayang betul dengan menantu pilihannya itu.  Pasti dia tak boleh menerima jika anak lelaki mereka memperlakukan Azimah yang terlalu baik begitu.


            Tengahari itu, berselera betul Datuk Shukri menikmati makan tengahari.  Masakan menantunya memang ada class.  Tak pelik kalau Nurezam boleh terikat dengan perempuan istimewa itu.  Itulah conclusion yang dapat dibuat oleh logik akalnya.

DIDIK P15





BAB LIMA BELAS






            Azimah memerhatikan sahaja Nurezam yang mengeluarkan beg pakaiannya dari boot kenderaan.  Nak diambil sendiri lelaki itu melarang.  Selepas dia membuka kunci rumah dan menghidupkan lampu Azimah duduk santai di buaian di luar rumah.

            "Betul-betul tak nak masuk dulu?"  Azimah bertanya Nurezam yang sudah menyelesaikan kerjanya.
            "Next timelah.  Dah pukul 9.00 ni.  Ezam belum iron baju, belum readykan maklumat untuk meeting awal pagi esok.  Kalau masuk, rasanya Ezam tak keluar nanti!"  Nurezam menerangkan sambil bergurau.  Dia suka melihat Azimah malu.
            Selain rasa malu, rasa sayu turut timbul di hati Azimah.  Sebagai isteri dia sepatutnya menyediakan keperluan lelaki itu, tapi dia tak berpeluang.
            "Okay, drive carefully!"  Azimah bersalam dengan Nurezam.  Tangan lelaki itu diciumnya seperti biasa.  Nurezam memeluk pinggangnya dan mencium dahinya.  Lelaki itu memang serba pelik di mata Azimah.
            "Minggu depan Ezam balik rumah Ajim ya?"  Walaupun malu, terkeluar juga ayat itu dari mulutnya.
            Azimah tak terus menjawab.  Hairan betul dengan permintaan demi permintaan yang terlalu bercanggah dengan permintaan awal lelaki itu ketika mereka baru dinikahkan.  Seperti tak percaya pula dengan permintaannya.  Kalau ikutkan, dah tiga minggu berturut-turut Nurezam bersama Azimah di hujung minggu.  Tak marahkah buah hati pengarang jantung, intan payungnya bila lelaki itu tidak menghabiskan hujung minggu bersamanya?
            "Ajim nak tanya soalan boleh?"
            "Tanyalah"  Muka Azimah ditatapnya dengan senyum yang masih tak putus.
            "Ezam janji dulu tak akan marah!"  Lebih baik bersedia payung sebelum hujan.
            "Tanyalah, Ezam tak marah"
            "Ezam nak apa sebenarnya dari Ajim?  Kalau Ezam nak Ajim buat sesuatu, Ezam cakap direct aje.  Tak perlu buang masa buat banyak perkara"
            Kecut perut Azimah melihat senyum yang tiba-tiba mati dari wajah lelaki itu.  Hanya pandangan tajam dari mata dan wajah yang serius memandangnya.  Pelukan di pinggangnya pun dilepaskan tiba-tiba.  Tak berkata apa-apa, lelaki itu masuk ke KIA Sportagenya.  Kenderaan diundurkan dan lelaki itu terus berlalu.
           
            Azimah menutup pagar.  Salah akukah kerana merosakkan suasana harmoni yang wujud antara mereka?  Azimah bukannya apa, dia tak rela ditipu.  Dia tak mau diperbodohkan lelaki itu.  Kesannya bukan orang lain, dia sendiri yang kena menghadapinya, memikulnya, menanggungnya.  Azimah memang sayangkan Nurezam sejak dia dinikahkan dengan Nurezam malam itu.  Dia sudah menerima lelaki itu seadanya.  Tetapi lelaki yang dipaksa mengahwininya itu tak menghargai malahan mengeluarkan kata-kata yang berbentuk penghinaan kepada Azimah yang dibahasakannya sebagai perempuan kampung.  Adakah lelaki itu tahu yang Azimah juga tak pernah meminta untuk mereka disatukan?  Azimah menarik nafas panjang.  Entah apa lagi yang bakal dihadapinya selepas ini.  Lelaki!  Lelaki!


            PANAS dada Nurezam mengingat kata-kata dari isterinya sebentar tadi.  Dia bersungguh, perempuan itu menyangsikan tindakannya pulak.  Nasib baik dia berjanji untuk tidak marah.  Sebelum anginnya sampai lebih baik dia cepat beredar.  Kalau ditunggu, entah apa agaknya yang akan terkeluar dari mulutnya.   Sepanjang perjalanan balik ke Sri Petaling, Nurezam melamun sendiri.  Kalau ikutkan hatinya, tak sanggup dia nak berpisah dengan Azimah yang semakin rapat dengannya itu.  Mengingat perempuan yang sah isterinya itu, Nurezam jadi tersenyum sendiri.  Kerana mengejar 'cinta mahal' perempuan itu dia selalu tak keruan rasa.  Sabarlah Ezam, dia belum boleh percayakan kamu.  Apapun, Nurezam berazam untuk terus memiliki cinta perempuan itu.  Lusa, dia akan bertemu Mimi.  Dia nak berpisah dengan Mimi.  Keputusannya muktamad!    


            MIMI memasamkan muka dan membentak kakinya memandang lelaki yang duduk tenang di hadapannya.  Tak dapat diterimanya kata-kata yang keluar dari mulut Nurezam.  Kekasihnya itu mengishtiharkan perpisahan.  Patutlah kebelakangan ini sukar benar dia nak bertemu Nurezam.  Panggilan telefonnya pun tak pernah berangkat.  Apa agaknya yang sudah dilakukan 'kampung women' itu sampai Nurezam berubah begitu sekali?  Tak dapat betul menerima yang dia cuma kalah dengan perempuan kampung yang diberitahu Nurezam sebagai punca.
            "I tau I bersalah Mimi.  I tak kotakan janji.  I cuba panggil rasa cinta I pada you, tapi memang tak boleh.  I betul-betul cintakan isteri I"  Nurezam bersuara menghadap kemarahan Mimi.
            "Apa lebihnya perempuan kampung tu berbanding I?  Apa dia dah buat kat you sampai you berubah betul?  You kan dah janji nak ceraikan dia after 2 years!"  Menjerit Mimi dalam bilik restoran yang memang ditempah khas oleh Nurezam. 
            "Ezam tak tau Mimi.  Perasaan tu wujud sendiri tanpa dirancang.  Dia tak buat apa-apapun kat Ezam.  Ezam yang jatuh hati pada dia.  Ezam tak nak tipu diri sendiri dan Ezam pun tak nak tipu Mimi"
            "You zalim Zam!  You tipu I.  Adakah semua ni sebab seks?  I pun boleh berikan apa yang dia beri pada you.  Dari dulu lagi, I dah cakap dengan you pasal perkara ni kan!  I rela buat apa saja untuk you walaupun kita tak menikah lagi"  Kerana mahukan cinta Nurezam, apa pun dia sanggup berkorban.  Maruah diri bukan lagi pertaruhannya.
            "You jangan salah sangka Mimi.  Perasaan I pada Azimah bukan atas sebab seks.  I belum pernah bersama dia pun.  Ezam menyintai dia, kerana diri dia sendiri.  Tak ada satu alasan kukuh yang dapat Ezam berikan selain itu"  Nurezam cuba menerangkan perkara yang sebenarnya kepada Mimi.
            "You jangan ingat I boleh percaya.  Mustahil you tak sentuh  dia, dah lebih setahun you tinggal bersama.  Ooh!  Dulu you cakap dia 'kampung women', sekarang dah pandai sebut nama pulak.  Whatever!  Tapi you jangan ingat I akan duduk diam saja.  Kalau I tak boleh dapat, dia pun tak akan dapat you!"  Mimi bangun dan meninggalkan Nurezam sendiri.  Marah betul dia ketika itu.

            Dalam diam Nurezam bersyukur pada TUHAN kerana memelihara nafsunya ketika bersama Mimi.  Kalaulah dia ada menjalin hubungan seks dengan Mimi, pasti dia tak boleh terlepas.  ALHAMDULILLAH!  Terasa lega hatinya walaupun Mimi marah benar.  Apapun dia sudah berterus terang.  Tiba-tiba saja dia jadi teringatkan Azimah.  Marahkah perempuan lembut yang murah senyum itu bila dia berlalu saja tanpa menjawab pertanyaannya 3 malam yang sudah.  Rindu betul Nurezam pada Azimah.  Handphone dicapainya dan nombor perempuan itu didailnya.  Panggilan tak dijawab, mungkin Azimah on lecturer.  Dia menghantar mesej ringkas.  Kemudian dia balik ke pejabat.  Tak senang hatinya bila masa sejam dah berlalu, tapi mesejnya masih tak berjawab.  Cuba dihubunginya sekali lagi, talian tak bernada.  Handphonenya ditutup pulak.  Enggan melayan panggilan akukah?  Cepat saja Nurezam keluar dari pejabat menuju ke keretanya.

            BBB menjadi matlamat destinasi pemanduannya.  45 minit sahaja, dia sudah memasuki pintu pagar UKM yang berdiri megah.  Hampa hatinya bila pintu bilik Azimah tertutup rapat.  Ketika melintasi pejabat Jabatan Pengurusan, Nurezam berhenti bertanyakan kerani di situ.
            "Puan Azimah keluar awal hari ni"
Itu saja maklumat yang diperolehinya.  Tak perlu berfikir panjang, cari saja di rumah.  Cepat otak Nurezam membuat keputusan. 
Melihat kereta Azimah ada di rumah, baru Nurezam mampu tersenyum.  Tapi pelik pulak kenapa telefon dan smsnya tak dijawab.  Dia marah sangat dengan akukah?  Eh!  Ada orang lain.  Siapa agaknya?  Perkara bukan-bukan pulak keluar di fikirannya.  Takkanlah Azimah begitu!  Cepat tangannya memicit loceng di sebelah pintu rumah.  Keluar satu wajah yang memang terlalu asing di mata Nurezam.
"Ya encik.  Apa yang boleh saya bantu?"
"Azimah ada?"
"Ada, dia tak sihat"  Pendek jawapan Nurizati.  Siapa pulak lelaki ni?  Kenal pulak dia dengan Azimah.
"Sakit?"  Tak bertangguh Nurezam menolak pintu.  Terdorong ke belakang perempuan yang sedang memegang daun pintu itu jadinya.
"Encik!  Encik!" 
Nurizati mengejar langkah lelaki asing yang menuju ke bilik Azimah.  Pasti Azimah akan mengamuk kalau dia gagal menghalang lelaki itu.  Tak pernah Azimah membenarkan mana-mana lelaki masuk ke rumahnya, apatah lagi bilik tidurnya.
"Encik jangan masuk, nanti Azimah marah saya.  Biar saya minta izin dia dulu"  Nurizati menghalang langkah lelaki itu di hadapan pintu bilik.  Termengah-mengah dia.
Nurezam tersenyum mengingat kesalahannya.  Kalaulah dia mengenalkan diri dari awal, pasti perempuan itu tak sekalut itu.
"Saya ni Ezam"  Nurezam tersenyum memperkenalkan dirinya.
"Ezam?" 
Seperti pernah didengarnya nama itu di mulut Azimah.  Teringat bicara Azimah ketika berjanji mengenalkan suaminya.  Ezam?  Tak salah lagi, lelaki itulah suami teman yang sedang terlantar sakit di biliknya itu.
"Husband Azimah?"  Nurizati membuat kepastian.
"Ya"  Nurezam tersenyum sambil angguk mengiakan.
"Maaf ya En Ezam.  Saya tak kenal En Ezam"  Nurizati meminta maaf, pintu bilik Azimah dibukakannya.  Malu betul dia menahan orang yang tak sepatutnya.  Semuanya salah Azimah kerana enggan mengenalkan suaminya kepada Nurizati awal-awal lagi.  Sudahnya dia mendapat malu free.  Tak guna Azimah!  Sempat dia membebel sendiri, menyumpah Azimah. 

Langkahan pantas Nurezam ke dalam bilik Azimah diiringi dengan anak mata Nurizati.  Nurezam dilihatnya terus duduk di sebelah Azimah yang masih belum sedar akan kedatangan lelaki itu.  Perbuatan Nurezam yang mencium dahi temannya itu terus diperhatikannya.  Romantiknya dia!  Azimah dilihatnya terjaga.  Saat itu Nurizati teringat sesuatu, dia seperti pernah menemui lelaki itu sebelum ini.  Tapi di mana?
"Kenapa awak datang?"  Dalam lemahpun Azimah bersuara.
"Wife I sakit, takkan I tak balik.  Ajim dah pergi klinik dah?"  Nurezam bertanya lembut.  Rambut isteri diusapnya.
"I dah makan ubat.  I tak larat nak bangun pun.  Rehat sekejap, okeylah"  Azimah menjawab terbatuk-batuk, tekaknya perit benar.
"Mana boleh macam ni, Ezam bawak Ajim pergi klinik ya?"
"Tak payahlah.  You baliklah ke pejabat, I okey"
"Ezam bawak Ajim ke klinik ya?"  Untuk kali kedua Nurezam meminta kebenaran.  Tika itu tangannya sudah mencempung tubuh lemah Azimah.
"Ajim tak nak Ezam.  Tolonglah!"  Tangannya memukul-mukul dada Nurezam walaupun dia benar-benar dalam keadaan lemah. 
Mungkin kalau orang lain, Azimah takkan menolak sampai macam tu sekali.  Nurizati yang mengintip garu kepala.
Tak sampai hati pulak Nurezam melihat Azimah begitu.  Nurezam terfikir idea yang lebih baik.  Nurezam meletakkan kembali Azimah di katilnya.  Dia keluar dari bilik.  Hanya senyum dilemparkan kepada Nurizati ketika berpapasan dengan perempuan itu di luar bilik.

Nurizati menghampiri Azimah yang dilihatnya menangis.
"Kenapa Ajim nak buat Ezam macam tu?  Nur nampak dia betul-betul ambil berat tentang Ajim"  Nurizati menggosok lembut tangan Azimah.  Tangan sebelahnya mengesat airmata di pipi Azimah.
"Nur puas hati tak dah dapat kenal dengan suami Ajim?"  Azimah tak menjawab pertanyaan Nurizati sebaliknya dia melencongkan perbualan.
"Memang Nur nak kenal sangat suami Ajim tapi bukan dalam keadaan begini.  Apapun, akhirnya Nur dapat juga kenal dengan suami Ajim yang asyik busy selalu tu" 
Walau tak tau apa-apa, dia nampak kehampaan di wajah Azimah kerana dia berkenalan dengan suaminya dalam keadaan begitu.  Terlalu banyak yang dirahsiakan Azimah.  Walaupun banyak soalan di hatinya, bukan masa yang sesuai untuk dia menuntut jawapan dari Azimah.  Di dalam hatinya dia masih cuba mengingat di mana dia pernah berjumpa dengan lelaki kacak yang menjadi suami Azimah.
"Ajim, aku dah masak bubur, nanti makan ya?  Sekarang aku nak balik dulu.  Anything, call me!"
"Thanks Nur
"Aku tunggu engkau sihat.  Aku…."
"Aku tau Nur, aku akan jawab semuanya"  Awal-awal lagi dah dapat diagaknya apa permintaan Nurizati.

Selepas mencium pipi Azimah, Nurizati keluar dari bilik Azimah.  Suami perempuan itu dilihatnya sedang berbual-bual di telefon bimbit miliknya.  Tak sopan pulak balik tanpa memberitahu lelaki itu.  Nanti dikata dia tak beradab pulak.  Nurizati menanti lelaki itu selesai bicara.
"Saya minta diri dulu En Ezam"  Nurizati berbahasa sebaik saja lelaki itu selesai berbicara di telefon.
"Terima kasih banyak-banyak ya aa…."  Nurezam memang tak tau nama perempuan itu.
"Saya Nurizati.  Panggil Nur aje"  Pantas saja Nurizati memperkenalkan dirinya.
"Terima kasih sekali lagi Nur"
"Sama-sama.  Sebagai kawan dah jadi tanggungjawab saya En Ezam.  Saya dah masak bubur.  Nanti awak bagi Azimah makan ya?"
"Baiklah"  Nurezam angguk kepala dengan permintaan Nurizati. 

Nurezam memerhatikan Perodua Kembara Nurizati berlalu.  Pasti mereka kawan yang sangat rapat.  Itu penilaian awal yang dapat dibuatnya.  Mengingat Azimah bersendirian di dalam, cepat dia masuk.  Perempuan itu dilihatnya menutup mata dengan pergelangan tangan kanannya.

"Ajim!"  Tangan kiri Azimah digenggamnya.  Tiada suara keluar dari mulut perempuan itu.
"Ajim!  Pandanglah muka Ezam ni, Ezam nak cakap dengan Ajim ni"  Nurezam cuba memujuk Azimah yang tak mempedulikannya. 
"Cakaplah, Ajim boleh dengar"  Azimah enggan mengalih tangannya.
"Ezam nak jawab soalan Ajim tiga hari sudah"  Nurezam berkeras mengalihkan tangan perempuan itu dari matanya.
"Tak payah!  Ajim dah tak nak tau" 
Azimah memalingkan mukanya ke sebelah kanan.  Dia enggan menatap muka Nurezam.  Pasti dia tewas kalau terus menatap wajah lelaki yang dipenuhi senyum itu.  Azimah sendiri pelik dengan dirinya yang selalu mudah termakan pujuk Nurezam.
"Kenapa Ajim tak telefon Ezam yang Ajim sakit?"  Tak puas hati dengan cara perempuan itu yang enggan berkongsi masalah dengannya selaku suami.
"Ajim tak nak susahkan awak.  Awak kan selalu sibuk dengan kerja!"
"Memanglah saya sibuk.  Tapi kalau ada apa-apa yang Ajim perlukan Ezam, Ezam boleh luangkan masa datang ke sini"
"Kenapa Ezam datang sini?  Ajim tak nak dengar alasan yang bukan-bukan.  Ezam ada urusan dekat sini ke?"  Nurezam dilihatnya menggeleng kepala.
"Nurizati call Ezam ke?" 
Memang Nurizati ada meminta keizinannya untuk menghubungi lelaki itu, tetapi Azimah melarang keras.  Sebab itu, selepas menerima panggilan Nurezam yang hanya dipandangnya sepi, dia sengaja menutup telefonnya. 
Nurezam geleng kepala lagi.  Wajah isteri yang masam dihadapnya.  Pipinya disentuh lembut.
"Tak ada alasan yang bukan-bukan.  I miss you, really miss you.  Ezam call, you tak angkat, sms pun tak balas.  Ezam risau tu yang Ezam rush ke Bangi."
Azimah ketawa menyambut bicara Nurezam.  Sakit-sakit pun dia boleh ketawa, hatinya tergeletek betul mendengar bicara dari lelaki itu.
"You ni luculah Zam.  You ni mabuk ke?" 
Azimah bertanya setelah tawanya reda.  Nurezam tenang saja, tak pulak menjawab apa-apa.  Hanya wajah konfiusnya ditunjukkan ketika menerima pertanyaan Azimah.
"Ada ke kerinduan yang you bakikan untuk Ajim?"  Terbatuk-batuk Azimah mengeluarkan pertanyaan. 
"Off course ada.  Bahkan seluruh kerinduan I untuk you, you kan isteri I"  Serius Nurezam mengeluarkan bicara.
"You sedar tak apa yang you cakap ni.  I ni Azimah bukan …."  Bicara Azimah mati bila tangan lelaki itu pantas menutup mulutnya.
"I sedar, I masih siuman lagi!  Jangan sebut nama orang lain.  Sekarang I cuma nak kita berdua aje, Ezam dengan Ajim"
Nurezam memotong bicara Azimah.  Azimah terdiam jadinya.  Betulkah apa yang didengarnya tadi keluar dari mulut lelaki itu?  Dunia dah terbalik agaknya!  Mata lelaki itu ditenungnya, tiada cahaya penipuan di situ.  Sinar matanya ikhlas sekali di penilaian mata dan fikiran Azimah.  Mata mereka terus bertentangan, tubuh terkaku dan mulut bisu tanpa suara.

"Ehm!  Ehm! Siapa yang nak dirawat ni?" 
Kedengaran satu suara asing mencelah di antara kesunyian mereka berdua.  Terkejut jadinya Nurezam dan Azimah bila menyedari kehadiran orang lain di rumah itu.  Masing-masing memandang ke pintu bilik.  Azimah pelik melihat lelaki yang terlalu asing itu boleh berada di situ.  Nurezam yang bangun menyambut lelaki itu dengan senyuman diekori dengan pandangan matanya. 
"Zol!  Sorrylah, I tengah melayan tuan puteri ni.  Tak sedar you dah sampai.  Macamana boleh masuk?" 
Nurezam mengeluarkan pertanyaan untuk menutup rasa malunya sambil tersenyum memandang Doktor Zol yang membawa beg di tangan.
"Macamana boleh masuk engkau tanya?  Dah 3 kali beri salam. Tak berjawab.  Nasib baik engkau masih belum tukar kereta" 
Zol masih cam kereta BMW Sport yang digunakan lelaki itu.  Tak ramai orang yang menggunakan kereta semewah itu di Malaysia, apatah lagi di kawasan sekecil Bangi.  Boleh dikira dengan jari tangan. 

Azimah mencapai skarf yang terletak di kepala katil dan dipakainya.  Geram betul dengan suami yang tak memberitahu langsung dia memanggil doktor ke rumah.  Kalau ya pun, bagi signallah dulu.


NUREZAM memerhatikan Dr. Zol menjalankan tugasnya.  Nurezam angguk membenarkan bila Zol meminta kebenaran menyuntik Azimah.  Tak lama selepas itu Azimah sudah kelihatan mengantuk.  Nurezam mencium dahi isterinya dan memberitahu dia akan keluar sebentar untuk mendapatkan ubat dari klinik Dr Zol.

"You ni husband romantiklah.  I sallute dengan you"  Dr Zol tersenyum gembira memberi komen ketika sama-sama melangkah keluar dari bilik Azimah.
Nurezam tersenyum saja membalas kenyataan Dr Zol yang masih hidup membujang.  Kalaulah Zol tahu apa yang sebenarnya berlaku, pasti dia tak akan sallute langsung pada Nurezam.  Dicemuhnya mau!
"Kenapa I tak tau pun you dah kahwin?"  Dr. Zol menghadapkan Nurezam dengan soalan bonus ketika mereka melangkah keluar dari rumah.
"Dah lebih setahun Zol.  Kat KL cuma buat majlis untuk keluarga sahaja, kendurinya kat rumah wife I saja"  Nurezam memberi jawapan dan di dalam hati dia berharap yang Zol tak akan bertanya lebih lanjut lagi.
"Macamana dengan Mimi?  Macamana you boleh terlepas dari dia?" 
Dr Zol tersenyum menantikan jawapan dari Nurezam.  Setahunya Nurezam dengan Mimi yang seksi giler tu macam belangkas tak boleh dipisahkan langsung.  Walaupun ramai di kalangan teman baik lelaki itu tak setuju dengan perempuan pilihannya, tak pernah Nurezam yang mudah panas baran itu nak mendengar nasihat mereka.  Gara-gara hubungan yang tak disenangi kawan-kawanlah mereka dah jarang berjumpa.  Alih-alih jumpa semula, dah kahwin, dengan orang lain pulak tu.
"Kenapa engkau senyum macam tu?  Engkau perli aku ke?"  Nurezam terus menatap muka Dr Zol yang masih tak menghentikan senyumnya.
"Tak, aku tak perli engkau.  Sebenarnya aku tumpang bahagia engkau bertemu jodoh dengan….. Azimah"  Hampir-hampir dia terlupa nama pesakit barunya itu.
"Sorrylah sebab aku tak beritahu engkau pasal perkahwinan aku.  Zikri pun tak tau.  Ramai yang tak tahu.  Fazley taulah sebab dia kerja dengan bapak aku"
"Aku tau Zam.  Kalau Zikri tau, takkan kembar aku tu tak beritahu aku.  Benda dah berlalu, tak apalah.  Tapi, apahal kahwin senyap-senyap?  Engkau dah tebuk dia dulu ke?"  Sengaja Zol nak mengenakan Nurezam.  Sebaik bicaranya tamat, ketawanya pecah.
"Eii!  Jangan serkap jarang macam tulah.  Isteri aku tu freshlah.  Dengan Mimi pun aku tak pernah buat yang lebih-lebih.  Wife aku lagilah asli beb!  Baik punya!  Pilihan Datuk Shukrilah!"  
Nurezam memuji isterinya sendiri.  Dalam pada itu di hatinya terdetik sesuatu bila teringat cerita Ikmal yang isterinya pernah bercinta dengan seorang lelaki berbangsa Cina.  Benarkah dia masih fresh?  Keliru sekejap Nurezam.
"Oh macam tu!  Engkau dah lama stay kat Bangi, apasal tak cari aku kat klinik?  Melampaulah tu!"  Zol menanti alasan yang bakal keluar dari mulut Ezam.
"Exactly, I stay kat Sri Petaling.  Ni rumah wife I
"Ai!  You ni macamana Ezam?  Sorang kat Bangi, sorang kat Sri Petaling.  Kahwin ke tak ni?"  Pelik pulak Dr Zol mendengar bicara Nurezam.  Tadi bukan main romantik lagi dengan isterinya.  Alih-alih dia diberitahu mereka duduk berasing pulak! 
"Bukan seperti yang engkau fikirkanlah.  Selalunya we all stay kat Sri Petaling.  Kalau isteri I ada lecture malam, dia balik Bangi.  Terpaksalah bergilir sebab ada 2 rumah"  Nurezam sebolehnya mahu merahsiakan perkara sebenar dari kawan baiknya itu.
"Fahamlah aku.  Okeylah Zam, jom ikut aku ke klinik, ambil ubat.  Lepas tu kita pergi minum-minum, makan-makan ke."
Dr Zol faham bila Nurezam tak berkata apa-apa dan menunjukkan reaksi keberatan di wajah. 
"Lambat lagi baru nak sedar tu.  Paling cepat pun 6 jam"  Dr Zol memberi penerangan.
Mendengar penjelasan Dr Zol, baru Nurezam boleh tersenyum.  Memang dia sedang memikirkan isterinya.  Merajuk lagi nanti perempuan itu kalau dia terjaga, Nurezam tiada di rumah.  Bukan mudah nak memujuk rajuknya.  Dia bukan orang yang mudah termakan pujuk, langsung tak seperti perempuan yang pernah mendampinginya.


AZIMAH terjaga dan kepalanya telah terasa ringan.  Panas badannya pun sudah tak sehebat petang tadi.  Jam telah menunjukkan pukul 12.30 malam.  Cahaya samar-samar dari lampu tidurnya, membolehkan dia melihat lelaki yang nampak selesa baring di sebelah kanannya.  Kalau tak kerana lelaki itu datang, pasti Nurizati yang menemankannya malam itu.  Buat pertama kalinya Nurezam tidur di rumahnya, berkongsi bilik dan katil pulak tu!   Azimah tersenyum sendiri.  Luculah pulak dia!

Terkejut Azimah bila tangan Nurezam menyentuh tangannya.  Sangkanya lelaki itu tidur.
"Ajim nak apa-apa ke?"
"Tak apalah, Ajim boleh ambil sendiri, Ajim dah sihat"  Pandangan mata Nurezam tak dikisahkannya.
"Dr Zol pesan suruh Ajim berehat banyak-banyak, dia bagi mc sampai hari Sabtu .  Dia kata Ajim penat sangat.  Apahal, banyak sangat kerja ke kat universiti?"  Nurezam ingin sangat nak tahu.
"Taklah, biasa aje.  Tapi, dah 3 tahun tak sakit, mungkin penyakit berkumpul agaknya.  Tak apalah, Ezam tidurlah.  Dah pukul 12 lebih ni, esok you kerja kan?"  Azimah mengingatkan Nurezam kerana esok hari Jumaat.
"Taklah, Ezam dah minta cuti dengan datuk" 
"Cuti?" 
Terperanjat Azimah.  Kerana akukah?  Betulkah lelaki di hadapannya itu melakukan semua perkara dengan ikhlas.  Lebih baik bersikap tunggu dan lihat sahaja.  Kalau ditanya banyak, baran pulak jadinya nanti, aku yang susah!
"Yelah….  awak kan tak sihat"  Lembut saja bicaranya.
Terus terdiam jadinya Azimah.  Tak tau nak membicarakan isu apa lagi.  Jadi bingung pulak dia dengan Nurezam.  Baik dia pergi ke bilik air.
"Ajim nak ke mana?"  Nurezam bertanya Azimah yang sudah menurunkan kaki ke lantai.
"Saya nak ke toilet?  Ezam nak dukung Ajim ke?"  Boleh pulak dia berlucu dengan lelaki itu.  Matanya memerhatikan wajah Nurezam. Menanti reaksinya.
"Kalau you sudi…."  Nurezam tersenyum membalas.
"Ajim tak sudi!" 

Azimah sudah ketawa.  Ketika itu kakinya sudah dilangkahkan ke bilik air.  Ketawa lelaki yang ditinggalkannya masih kedengaran di telinga.  Gila!!!  Azimah bicara sendiri.  Walaupun masih sangsi dia gembira dengan situasi yang begitu selesa antara mereka.