Saturday 8 November 2014

DIDK P10

BAB SEPULUH





             Nurezam balik awal ke rumah hari itu.  Lama dia duduk bergelap di ruang tamu.  Perbualan dengan Ikmal, perbualan dengan Zafri dan siang tadi pulak permintaan hangat dari Fazley berlegar di fikirannya.  Apakah perempuan yang diabaikannya itu sememangnya terlalu istimewa sehingga semua orang senang sekali dengannya?  Apakah Nurezam memang tak pandai menilai sehingga dia tak pernah sedar keistimewaan 'permata di limbahan' yang dikatakan Zafri?  Bodoh benarkah dia menolak sesuatu yang orang lain masing-masing terkejar untuk mendapatkannya?  Mungkinkah ego lelaki yang tinggi menjadikan dia sebodoh itu?  Bertubi-tubi persoalan demi persoalan menghujani benaknya.

Nurezam tersenyum mengingat kemarahan yang dilampiaskannya kepada Fazley.  Tak pasal-pasal Fazley dimarahinya.  Kalaulah awal-awal lagi dia mengenalkan Azimah sebagai isterinya, pasti semua itu tak akan terjadi.  Bukan salah orang lain.  Salah dia sendiri kerana kononnya malu nak memperkenalkan Azimah yang dianggapnya 'kampung wowen' kepada rakan-rakan.  Sudahnya dia sendiri yang tersepit.  Mungkin TUHAN sengaja nak menunjukkan dia semua itu supaya sedar akan kesalahannya selama ini.  Padan mukamu Ezam!

Nurezam meraup muka.  Sejak tinggal di Sri Petaling, dah jarang benar dia memenuhkan tanggungjawabnya kepada TUHAN.  Ada saja solat yang tertinggal.  Kalau di KL dulu papa dan mamanya sentiasa membebelkannya.  Kalau di Sri Petaling, bila Azimah balik, penuhlah solatnya, kalau tidak faham-faham sajalah.

   "Kalau awak ada syarat untuk membenarkan saya tinggal di BBB, saya juga ada syarat untuk memenuhi setiap permintaan awak.  Saya tak nak bersubahat dengan dosa-dosa awak.  Setiap kali diperlukan di sini, saya tak nak awak mabuk, tinggalkan solat.  Saya tak mau langsung ada tanda yang awak buat maksiat kat rumah ni.  Awak setuju dengan syarat saya?"
Azimah menggariskan apa yang dia mahu ketika Nurezam memberi syarat untuk menyetujui dia pindah kembali ke rumahnya di BBB.  Hari itu Nurezam tau, diam Azimah bukan sembarangan, diamnya berisi!
"Saya setuju"
Persefahaman pertama antara mereka itulah yang memisahkan terus kehidupan mereka suami isteri.  Dalam tempoh setahun, apabila papa dan mama berhasrat menziarahi mereka di Sri Petaling, Azimah akan dihubunginya.  Belum pernah sekali perempuan itu menolak bantuan yang dipinta.  Atas sebab itulah, sehingga sekarang datuk dan datin masih tak dapat menghidu bentuk sebenar hubungan mereka.  Walaupun rasa terbeban dengan lakonannya bersama 'isteri' yang tak diterima di hatinya dia terpaksa menerima saja kerana itu syarat utama untuk dia menerima warisan harta Datuk Shukri.
Petang itu, di ruang tamu itulah, baru Ezam terfikir.  Bagaimana agaknya Azimah menghadapi keluarganya?  Kesian perempuan tak berdosa itu.  Nurezam berazam untuk menebus kesalahannya.  Dia nekad menghampiri hidup Azimah.  Kebencian tak bersebab itu sudah terhapus sama sekali.  Kalaulah Azimah mengahwininya kerana harta tak pernah pula dia meminta-minta.  Duit belanja yang dimasukkan ke akaun perempuan itu setiap bulan pun entah digunakannya entah tidak.  Nurezam kemudiannya melangkah pantas ke bilik Azimah.  Bilik yang langsung tak pernah dimasukinya sebelum itu dijelajahinya.  Walau sudah tiga minggu Azimah tak balik ke situ, bau harum perempuan itu seperti sudah sebati di situ.  Tiba-tiba hati Nurezam digamit rindu pada wajah manis, penuh tenang perempuan yang menerima saja setiap permintaannya tanpa bantahan.

Bodoh betul aku ni!  Kerana nafsu dan ego lelaki aku menzalimi perempuan yang ditakdirkan TUHAN untuk menjadi pendamping hidupku.  Hari ini, setelah mataku terbuka, perempuan yang sering menjaga peradaban, percakapan itulah yang paling sesuai dan serasi menjadi teman hidupku sepanjang hayat.  Nurezam bicara sendiri.
Apa pulak yang harus aku buat dengan Mimi?  Ah!  Mimi bukan tanggungjawabku.  Azimahlah amanah yang harus ku fikirkan.  Segera tangannya memegang jadual kuliah Azimah.  Dia mungkin sudah terlambat, tapi dia tak mau terus ketinggalan.
"Lepaskan egomu Nurezam.  Susurilah dia"  Suara hatinya juga ternyata setuju dengan keputusan otaknya.

Kata-kata Zafri yang tak jemu menasihati keengganannya menerima Azimah sebagai jodoh dari ALLAH, kembali terngiang-ngiang di telinga.  Tiada yang benar melainkan yang benar belaka apa yang keluar dari mulut lelaki itu.
"Ezam, engkau nak dengar ke, tak nak ke, aku terpanggil nak beritahu engkau sesuatu."
Zafri memandang muka Nurezam melihat reaksinya hari itu. 
"Cakaplah Zafri"  Nurezam bersedia untuk menadah telinga.
"Ezam, mau tak mau kau kena terima cakap aku ni.  Perkahwinan tu satu ikatan suci yang harus disanjung bukan dibuat bahan gurauan atau permainan.  Lafaz aku terima nikahnya bukan lafaz biasa seperti I love you.  Lafaz yang kau ucapkan tu sebagai tanda kau menerima tanggungjawab dari wali atau wakilnya.  Lafaz itu satu tanggungjawab yang besar.  Selagi kamu tak berpisah dengan dia, selagi itulah tanggungjawab zahir dan batin pada perempuan bergelar isteri itu satu kewajipan.  Ia bukan satu elektif yang membolehkan kamu membuat pilihan"

Nurezam tau, betapa hebatnya dia menolak dan menafikan, dia memang akan kalah.  Memang dia terlalu bodoh kerana terlalu mengikut kata hatinya sebelum ini.  Dia tak mahu terus menerus jadi orang bodoh, dia harus berubah.
 

            MINGGU hadapan, Azimah nak balik ke Johor.  Nak menjenguk emak, ayah dan adik-adik.  Apa khabar agaknya mereka?  Dah 5 bulan juga dia tak balik ke kampung.  Bukan dia tak rindu, tapi persoalan bertubi-tubi bertanyakan suami yang tak ikut bersama menyesakkan dada.  Tak tau dia nak membohongi emak dan ayah dengan alasan yang bagaimana, punca menantu pilihan mereka itu tak balik bersamanya.  Kerana itulah Azimah memilih untuk balik bila cuti semester universiti.  Taklah Mak Sakinah dan Pak Zainal banyak songel bila Azimah mengemukakan alasan yang lelaki itu bekerja.  Logiklah sikit.

            Handphone Nokia 6510 yang diletak di atas meja bergegar.  Tak lama kemudian kedengaran bunyi sms masuk.  Sms alert yang menggunakan bunyi orang menjerit itu memang dari Nurezam.  Sengaja Azimah berbuat begitu supaya sms dari lelaki itu mudah untuk dibezakan dengan sms dari orang lain.  Kekunci di handphone ditekannya dan mesej yang terpapar di skrin dibacanya.
            "Okay!  Send my regards to ur family"
Azimah menarik nafas.  Walau tak berapa lega dengan sikap 'suami' yang acuh tak acuh tapi dia puas hati bila setiap mesejnya untuk Nurezam akan segera mendapat respons.  Semenjak berkahwin itulah bentuk komunikasi mereka berdua.  Lagi-lagi sejak Azimah minta izin tinggal di BBB.  Kalau ada apa-apa kepentingan sahaja baru Azimah balik ke rumah Nurezam di Sri Petaling.  Itupun atas permintaan lelaki itu yang selalunya memerlukan pertolongannya.  Kebiasaannya pasti ketika papa dan mama Nurezam datang berziarah ke Sri Petaling atau pun mereka dipanggil balik ke KL.  Ketika itulah baru Nurezam perlukan Azimah untuk berlakon.
           
Jangankan orang lain.  Azimah sendiri tak faham bentuk hubungan mereka yang dikatakan suami isteri.  Mereka tak pernah berbual atau pun duduk berbincang.  Apatah lagi bermesra antara satu sama lain.  Mereka masing-masing hidup di dalam dunia yang berbeza.  Mereka terlalu asing.  Setiap kali rakan-rakan bicara tentang pasangan masing-masing, Azimah tak banyak pilihan selain berdiam diri dan menjauh dari mereka.  Tak ada apa yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan.


TOK!  TOK!  TOK!  Muka Nurizati, sahabat baiknya sejak dia menjadi pensyarah di FPP, UKM terjongol di pintu.

"Boleh Nur masuk"  Nurizati meminta izin sambil matanya memandang Azimah yang sedang memegang handphone di tangan dengan senyuman.
"Masuklah Nur.  Macam tak biasa pulak!"
"Hujung minggu ni, engkau balik rumah husband ke?" 
Nurizati mengajukan soalan kepada Azimah.  Dia memang tak berapa tau kisah rumahtangga kawan baik yang sering saja dirahsiakannya dari pengetahuan orang lain.  Tapi dia memang tahu yang Azimah tak tinggal bersama suaminya.  Kalau nak difikirkan, jarak Sri Petaling dengan tempat kerja mereka bukan jauh sangat.  Tapi Azimah tak mau betul berulang dari Sri Petaling.  Tak larat nak keluar awal pagi, katanya.  Walaupun alasan itu tak berapa sesuai, lagi-lagi di saat kawannya itu masih bergelar pengantin baru.  Nurizati tak banyak tanya kerana dia dapat melihat dengan jelas ketidaksenangan Azimah bila isu itu diutarakannya.
"Kenapa Nur?  Engkau nak ajak aku ke mana-mana ke?"  Azimah membuat andaian.
"A..ah!  Aku ingat nak ajak engkau pergi KL.  Shopping.  Beli baju ke, lipstick ke, apa-apalah"  
Nurizati berharap sangat yang teman baiknya itu tak akan menolak.  Selain dari Azimah, dia tak ada kawan rapat yang lain.  Nasib baik Azimah tak berubah walaupun dah berkahwin.
"Boleh Nur.  Tapi kenalah minta izin dari husband aku dulu.  Nanti aku beritahu engkau ya?" 
Azimah memberi janji.  Memang dia tak ada sebarang janji dengan Nurezam.  Walau macamanapun kenalah bertanya dulu.  Manalah tau, Nurezam tiba-tiba ada hal.  Tak pasal-pasal Azimah jadi punca kemarahan lelaki itu pulak.  Tak kuasa Azimah nak menghadap kemarahan dari lelaki yang tak berjenis itu.  Walaupun hubungan antara Azimah dan Nurezam tak lebih dari hubungan di atas kertas, tak pernah Azimah berbuat sesuka hatinya.  Apapun yang dilakukan pasti akan dirujuknya kepada lelaki itu terlebih dulu.  Setakat ini, belum pernah Nurezam tak memberi keizinan.  Dulu pernah juga lelaki itu memberitahu supaya dia tak perlu memberitahu kalau nak berbuat apa saja.  "Mind your own business!"  Azimah diberikan hak untuk membuat keputusan sendiri.  Tapi Azimah tak suka begitu  Dia tetap meneruskan cara itu dan Nurezam pun tak lagi memberi komen negatif.  Okeylah tu!


            TANG LING, Isetan dan entah apa-apa tempat lagi sudah dikunjungi Nurizati dan Azimah.  Banyak juga barang yang telah memenuhi ruang belakang Perodua Kembara milik Nurizati.  Azimah sendiri membeli beberapa helai pakaian sebagai buah tangan yang akan dibawa ketika balik ke Johor nanti.  Pasti adik-adik gembira.  Lagi-lagi Aisyah, adik bungsu yang telah berusia 13 tahun.  Ketika adik menelefonnya bulan lepas, beria betul dia nak pakaian sukan berjenama 'Alfio Raldo'.  "Satu sut ya Long.  Dari baju sampai ke kasutnya tau!"  Semuanya kemahuan anak bungsu Mak Sakinah dan Pak Zainal itu sudah dibelikannya.  Sesekali menggembirakan adik sendiri apa salahnya.  Sogo menjadi destinasi terakhir mereka sebelum balik.

            "Tengoklah couple tu Ajim.  Hensemnya mamat tu.  Tak padan betul dengan makwe dia.  Aku rasakan Jim, kalau dengan engkau barulah match
Tiba-tiba saja Nurizati melarikan bicaranya dari perkara yang sama-sama mereka perbualkan sebentar tadi.  Aksi dua merpati yang tak jauh darinya itu tiba-tiba menarik hatinya.
            "Engkau ni Nur.  Sedap-sedap aje nak bagi pahala kat orang.  Kenapa pulak aku, engkaulah yang masih single?"  Azimah hanya tersenyum tanpa berniat melihat wajah pasangan yang dimaksudkan oleh Nurizati.
            "Betul Ajim!  Padan betul lelaki tu dengan engkau.  Lagi pun kan, perempuan tu aku nampak over, lelakinya pulak relaks aje.  Cuba engkau tengok, betul tak cakap aku ni?  Engkau berkenan tak?"  Nurizati masih tak puas hati selagi Azimah tak melihat wajah lelaki yang dikatakannya.
            "Nur!  Nur!!  Couple yang mana satu?" 
Azimah terus ketawa mendengar komen Nurizati.  Mudah-mudah saja dia nak menilai dan memadankan orang.  Selagi dia tak melihat pasangan yang dimaksudkan, pasti Nurizati tak puas hati.  Diturutkannya saja.
            "Itulah!  Yang kat kedai Christian Dior tu!"  Nurizati memberi maklumat yang dikehendaki Azimah.
            Azimah menoleh ke arah yang ditunjukkan Nurizati.  Nak terkeluar biji matanya bila memandang muka lelaki yang dimaksudkan oleh Nurizati.  Banyak-banyak orang kenapalah mesti terjumpa dengan dia?  Hatinya ditimpa pelbagai perasaan.  Cemburukah aku?  Marahkah aku?  Tak tau apa keadaan yang paling bersesuaian untuk menggambarkan perasaan Azimah saat itu.  Tak sepatutnya perasaan itu wujud di hatinya.  Semenjak terlibat secara tak langsung dengan lelaki itu tak pernah langsung dia melihat kelebihan yang terdapat dalam diri lelaki itu.  Semua sifat lelaki itu serba jelek dan memuakkan di hati dan di mata Azimah.  Tak ada yang menyenangkan, semuanya serba menyakitkan hati.

            Dalam keadaan runcing, cepat Azimah menarik tangan Nurizati singgah di kedai cermin mata yang secara kebetulan berada di situ.  Nurizati yang tak mengetahui apa-apa terperanjat dengan tindakan tiba-tiba dari Azimah.
            "Engkau kenapa Ajim?  Lain macam aje aku tengok.  Nampak pucatlah, engkau sakit ke?"  Cepat Nurizati mengaju persoalan.  Dahi Azimah dijamahnya dengan belakang tangan.
            "Taklah.  Aku sihat aje.  Tiba-tiba aku terasa nak tengok bingkai cermin mata terkini"
            Tak mau Azimah jika Nurizati mengetahui punca sebenar perubahannya adalah pasangan yang disibukkannya sebentar tadi.  Kalau bertembung dengan pasangan itu dan Mimi yang mengenali Azimah buat hal, tak tau dia nak memberi penerangan yang berbentuk macamana kepada Nurizati.  Belum sanggup untuk dia menghadapi jika perkara itu benar-benar berlaku.

            Mengingat perempuan yang memeluk erat tangan lelaki yang menjadi pasangannya itu Azimah semakin jijik dan meluat.  Kata saja orang Islam, tetapi perangainya begitu.  Dulu dia pun pernah bercinta tapi mereka tak pernah menghalalkan cara.  Steven yang kafir pun tau sejauhmana batasannya dengan Azimah.  Kalau nak bersentuh mesti beralas.  Bersyukur benar Azimah kerana harga dirinya tak semurah perempuan itu.  Penerangan jurujual yang menunjukkan bingkai cermin mata terkini seperti masuk telinga kanan keluar di telinga kiri.  Setelah pasti pasangan yang dilihatnya tadi telah melepasi kedai cermin mata cepat Nurizati diajaknya keluar.  Membebel Nurizati kerana Azimah tak membeli sebarang bingkai, tanyanya bukan main beria, membelinya tidak.  Azimah tersenyum tawar saja.  Hilang moodnya nak bershopping setelah bertembung dengan Nurezam dan Mimi.

            "Ajim, aku nak tanya soalan?"
            "Apa yang engkau nak tau?"
            "Kenapa lepas nampak couple yang Nur cakap tadi, Ajim berubah.  Ajim kenal mereka ke?"  Pandangan peliknya masih ditumpukan ke wajah teman itu.
            "Tak adalah Nur.  I tak kenal pun.  Tiba-tiba aje Ajim rasa macam tak sihat.  Agaknya sebab tak sarapan tadi, Ajim minum segelas horlick aje" 
            Sebolehnya Azimah nak menafikan yang perubahan emosinya ada kaitan dengan pasangan yang diteka Nurizati sebagai punca.  Kalaulah Nurizati tau lelaki yang dikatakannya match dengan Azimah itu sememangnya suami Azimah yang dia nak kenal sangat tu, apa agaknya reaksi Nurizati.  Akan bersimpatikah dia?  Atau Azimah akan jadi bahan ketawanya?  Atau pun Nurizati yang sudah dianggap seperti darah daging sendiri itu akan kecewa dan marah?  Saat dan tika itu, Azimah tak dapat memikirkan apa-apa.  Dia cuma nak cepat-cepat keluar dari Sogo.


            SELEPAS makan di Restoran Kampung Baru, Nurizati menghantar Azimah balik ke rumah.  Azimah dilihatnya tak seceria pagi tadi.  Nurizati tahu yang Azimah sengaja menyorok masalah dengannya, tapi tak pula dia dapat mengandaikan perkara yang disorokkan Azimah.  Niat asal mereka nak makan di Kenny Rogers pun terpaksa dibatalkan bila Azimah tiba-tiba memberitahu yang dia tak berselera nak makan western food.  Diikutkan saja permintaan Azimah dan mereka ke Kampung Baru.  Berselera betul Nurizati menghadap asam pedas ikan merah tadi.  Memang sedap, tapi tak terlawan dengan asam pedas masakan Azimah.  Kawannya ini memang pandai memasak.  Nurizati yang tak berapa pandai memasak pun sudah boleh memasak sikit-sikit sejak berkawan dengan Azimah.
            Hujung minggu ketika mereka anak dara dulu, kalau mereka sama-sama tak ada apa-apa aktiviti pasti dia akan tidur di rumah Azimah.  Dia suka belajar memasak dengan Azimah yang tak kedekut ilmu.  Bila temannya itu sudah berkahwin dengan lelaki yang sampai sekarang belum dikenalinya, aktiviti mereka yang seperti itu taklah lagi sekerap dulu.  Perkahwinan Azimah tak seperti perkahwinan orang lain.  Mereka tak duduk sebumbung.  Ada masa yang tertentu sahaja Azimah akan balik ke rumah suaminya.

            "Ajim!  Bila agaknya aku boleh kenal suami engkau?"  Wajah Azimah yang tersenyum tawar direnungnya.
            "Satu hari nanti pasti engkau dapat kenal dia Nur.  Aku kan dah beritahu engkau yang suami aku tu orangnya sentiasa busy, selalu out station.  Orang penting syarikatlah katakan.  Nanti, kalau dia dah ada masa nak joint aktiviti luar, aku pasti kenalkan engkau dengan dia." 
Azimah memberi janji yang dia sendiri tak tau bila boleh ditunaikan.  Dia tau yang Nurizati banyak tak berpuas hati dengan tindakan Azimah yang memang sengaja merahsiakan semua perkara yang berkaitan rumah tangganya dengan satu-satunya teman baik itu.  Lama juga Nurizati merajuk dengan dia bila Azimah menikah diam-diam tahun lepas.  Bukan niatnya, tapi Azimah memang tak berdaya.

Kalaulah Nurizati ada di hari pernikahannya tempohari, pasti terkeluar biji mata perempuan itu memandang pasangan yang menarik perhatiannya di Sogo sebentar tadi.  Azimah pasti komen yang sebaliknya akan terkeluar dari mulut Nurizati.  Mujur sangatlah dia tak tau.  Kalau tidak tentu mulut Azimah jadi letih nak menjawab pertanyaan demi pertanyaan dari Nurizati.  Ada hikmah juga dia tak menjemput rakan-rakan menghadiri majlis perkahwinan yang serba-serbinya ringkas.
ight:2D � > s �` ��9 e='font-size:12.0pt;mso-bidi-font-size:10.0pt;line-height:200%'>            "Engkau dengar tak apa yang aku cakap ni?"

            Sergahan Fazley menghilangkan terus bayangan wajah perempuan yang murah senyum dan sentiasa bertenang itu dari mata Nurezam.  Digantikan pula dengan wajah lelaki yang menimbulkan kejengkelan di hatinya.  Hilang terus seleranya nak menghabiskan nasi di pinggan yang masih berbaki.
            "Apahal pulak engkau nak nombor telefon dia?  Engkau jangan cari bala, isteri orang tu.  Puan tu Ley, bukan cik lagi"  Nurezam memberi jawapan sambil mengawal rasa marah di hati.
            "Tak kisahlah tu Zam.  Hati aku dah terpikat.  Takkan engkau tak boleh dapatkan untuk aku"  Fazley terus enggan mengalah.  Hanya Nurezam yang dapat membantunya bila Azimah sendiri enggan memberikan nombor peribadinya tempohari.
            "Tak naklah aku subahat dengan engkau.  Kalau engkau berani minta pada Datuk Shukri, dia yang uruskan hal ni bukan aku" 
Nurezam mengemukakan alasan lagi.  Suaranya sudah mula meninggi.  Takkanlah dia bodoh sangat nak mengenalkan isteri sendiri kepada orang lain.  Sendiri pun tak pernah usik takkan senang-senang nak diserahkan pada orang lain pulak.
"Apahal yang engkau baik sangat ni?  Ke engkau pun ada hati pada Puan Azimah tu?  Tak cukup ke dengan Mimi?  Takkan selera engkau dah bertukar kot?" 
Tanpa menyangka apa-apa Fazley terus nak bergurau seperti selalu.  Tak tau yang kata-katanya bakal mengundang kemarahan lelaki yang memang menunggu masa saja nak meletup.
"Boleh blahlah Ley!  Pergi mampus dengan engkau!" 
Nurezam memekik dan terus bangun dari kerusi yang diduduki dengan hati yang panas.  Dia pergi begitu saja meninggalkan Fazley terpinga-pinga sendiri.  Beberapa teman sepejabat yang berada di situ memerhatikan Fazley yang masih terkulat-kulat di meja menerima reaksi Nurezam.

Pening Fazley memikirkan salahnya sampai Nurezam boleh naik berang.  Takkan salah kalau dia nak kenal dengan Azimah yang tak ada kaitan pun dengan Nurezam.  Atau Nurezam pun seperti dia, ada hati juga pada penceramah muda berketerampilan yang ternyata berjaya mengusik banyak hati pekerja yang mengikuti seminar minggu lepas.  Memang Fazley tertarik benar dengan Azimah yang serba menyenangkan di mata dan hatinya.  Takkan Ezam yang sudah ada special girlfriend masih ingin berebut dengan dia?  Takkan Mimi yang dipertahankan sampai dia boleh meminggirkan isteri sendiri itu tak bernilai langsung pada Nurezam?  Pening betul Fazley, ketika dah masuk ke pejabat pun dia masih memikir kenapa Nurezam marah sangat.  Kalau Pn Azimah tu isteri dia, logiklah dia marah.  Nurezam!  Nurezam!  Tak faham betul dia.

No comments:

Post a Comment